Lagenda Liverpool Dakwa England Bukan Lawan Utama Jerman

Bekas pemain Jerman dan Liverpool Dietmar Hamann berpendapat bahawa pertemuan antara pasukan negaranya menentang England pada hari ini dalam Euro 2020 bukanlah perlawanan yang paling besar buat pasukan tersebut.

Hal ini kerana England tidak mempunyai rekod kejayaan yang cemerlang dalam kejohanan-kejohanan besar di eropah dan dunia.

Dua seteru ini akan bertemu pada malam ini di Wembley dalam pusingan 16-pasukan, selepas anak buah Gareth Southgate muncul juara kumpulan D manakala pemain Joachim Low sekadar berada di tangga kedua kumpulan F.

Kalau nak ikutkan dalam sejarah selama 91 tahun rekod pertemuan kedua-dua pasukan, peling terkini pun mereka bertemu di kejohanan yang besar adalah pada tahun 2010, ketika kempen Piala Dunia di Afrika Selatan.

Dalam perlawanan peringkat suku akhir kejohanan tersebut, England dijinakkan Jerman 1-4 dalam perlawanan yang mencetuskan kontroversi di mana bola rembatan Frank Lampard sudahpun melepasi garisan gol namun gagal dikesan oleh pengadil.

14 tahun sebelum itu, Jerman juga telah menewaskan England menerusi sepakan penalti dalam pusingan separuh akhir Euro 1996 – di stadium yang sama kedua-dua pasukan ini akan beraksi malam ini, Stadium Wembley.

Jika disemak semula, kedua-dua pasukan saling merekodkan kemenangan penting dalam pertemuan mereka, tetapi England masih lagi belum mampu memenangi sebarang piala sejak kali terakhir mereka lakukannya pada tahun 1966 ketika Piala Dunia dianjurkan di negara mereka.

Itu pun ada kontroversi sebenarnya, tapi kita sembang lain kali.

Maka dengan rekod buruk tersebut, bekas pemain Liverpool, Hamann mendakwa musuh utama Jerman hanya ada tiga pasukan – Perancis, Sepanyol dan juga Argentina.

Hal ini kerana Perancis telah merekodkan kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2018 dan 1998, selain Euro 2000, manakala Sepanyol pula pernah mencipta sejarah memenangi Euro dua kali berturut-turut – 2008 dan 2012, dengan Piala Dunia pada 2010, sekaligus membuktikan bahawa mereka adalah pasukang abang long dalam bola sepak dunia.

“Aku tak akan angkat England sebagai seteru utama Jerman,” Hamann bercerita kepada The Telegraph.

Hamann jaringkan gol buat Jerman pada tahun 2000. Gambar : Guardian

“Seteru utama kami adalah pasukan yang boleh mencabar kami. Itu bermaksud Perancis atau selama banyak tahun kebelakangan ini Argentina – pasukan yang kami lawan di perlawanan akhir, separuh akhir dan suku akhir di Piala Dunia.

“Lepas tu kami lebih tumpu kepada perlawanan menentang Sepanyol. Memanglah ada sejarah yang panjang berkenaan England, dan kami tetap mengingati Euro 96 sebagai satu kisah yang istimewa.

“Aku faham ini adalah perlawanan yang orang nak dan orang tunggu, tapi perlawanan ini adalah yang terbesar buat England, bukan terbesar buat Jerman.”

Kali terakhir Jerman memenangi sesuatu adalah pada 2014, ketika Piala Dunia di Brazil dan Euro 96 pula menyaksikan Hamann belum lagi dipanggil untuk menyarung jersi Die Mannschaft.

Hamann yang telah melakukan 59 penampilan buat negaranya merupakan penjaring terakhir buat Jerman di Stadium Wembley, pada bulan Oktober 2000 di mana satu gol daripadanya cukup untuk memastikan tiga mata penuh untuk Jerman dalam kelayakan ke Piala Dunia 2002.

Tetapi dalam perlawanan timbal balik 11 bulan kemudian telah menyaksikan perlawanan terhebat yang pernah England tampilkan ketika menentang Jerman di mana pasukan Tiga Singa itu menjaringkan lima gol berbalas satu di tempat lawan.

Penyerang lincah, Michael Owen telah merekodkan hatrik dalam perlawanan tersebut, dengan Steven Gerrard dan Emile Heskey turut muncul sebagai penjaring.

Walaubagaimanapun, bekas pemain yang kini berusia 47 tahun itu berkata kekalah itu tak bermakna kerana dalam kempen Piala Dunia 2002, Jerman berjaya mara lebih jauh berbanding England – walaupun mereka ditewasan oleh pasukan yang sama, Brazil.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Jerman kehilangan tonggak pasukan, Michael Ballack, yang digantung perlawanan selepas menerima kad kuning di separuh akhir dan terus membuatkan pasukannya lemah tanpa mampu melawan Brazil dan mengekang trio Ronaldo-Ronaldinho-Rivaldo.

Ketika ditanya wartawan tentang kekalahan besar kepada England, Hamann bertanya semula,”Asal ek?”

“Itu adalah kelayakan, bukan separuh akhir atau akhir. Itu bukanlah salah satu daripada perlawanan terbesar dalam persada bola sepak antarabangsa.

“Bila cerita pasal Piala Dunia tu, kami masih lagi di Jepun di kala pemain England sudahpun balik ke rumah dan pergi bercuti dua minggu sebelum kami.”

Nampak tak buah orang tua macam mana?

Bila orang nak bakar dia, dia balas halus je. Jadi korang tikam siapa? Jerman ke England?

Sumber : Daily Mail

BACA:  WAGS dan 'Suasana Percutian' Antara Faktor Kegagalan Piala Dunia Jerman