Lagenda Liverpool Dakwa Skuad Jurgen Klopp Tiada Sebarang Kelemahan

Pengulas Sky Sports yang juga bekas pemain Liverpool, Graeme Souness percaya skuad yang dimiliki Jurgen Klopp ketika kini tidak mempunyai sebarang kelemahan.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, Liverpool dipaksa berhempas pulas oleh Cardiff sebelum dapat membawa pulang 3 mata berharga dari Wales.

Betul ke pasukan ni xde kelemahan ? Adakah Lionel Messi mampu menghukum Liverpool ?

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan menyebabkan ramai peminat Liverpool mula resah. Namun Liverpool sekarang bukanlah Liverpool dulu.

Selepas mendengar amanat penting Klopp dalam bilik persalinan, Liverpool tampil lebih garang pada separuh masa kedua dan hasilnya, mereka berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi jaringan volley padu dari Georginio Wijnaldum yang hadir menerusi sepakan penjuru.

Liverpool akhirnya mematikan sisa-sisa perjuangan Cardiff apabila James Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81. Penyerang antarabangsa Egypt, Mohamed Salah dijatuhkan dalam kotak penalti dan pengadil tanpa ragu-ragu menghadiahkan penalti kepad The Reds.

Wijnaldum menjaringkan gol volley yang padu hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Trent- Alexandaer Arnold

Dengan kemenangan tersebut, Liverpool kembali merampas tempat teratas Liga Perdana Inggeris dari Manchester City dengan kelebihan 1 mata. Walau bagaimanapun, kelebihan masih lagi berpihak kepada City yang bermain kurang 1 perlawanan dari Liverpool.

Bekas pemain Liverpool ketika era 80-an, Graeme Souness nyata gembira dengan karakter yang dipamerkan anak buah Jurgen Klopp ketika menentang Cardiff. Beliau menyifatkan kesabaran dan ketenangan pemain Liverpool dalam mencari gol menjadi bukti utama mengapa Liverpool layak bergelar juara.

“Jika anda mahu menjadi juara, anda perlu menghadapi cabaran dalam pelbagai bentuk cara.”

“Saya rasa hari ini mereka bermain seperti pasukan yang cukup mantap dan berkesan. Mereka bermaind dengan penuh sabar, dan tidak memaksa. Padang stadium tadi bukanlah tempat terbaik untuk bermain.”

“OK, mungkin Liverpool tidak bermain pada tahap terbaik mereka tetapi mereka masih lagi pasukan yang menakjubkan hari ini. Dan mereka juga menunjukkan tahap kematangan yang baik.”

Pada usia 33 tahun, James Milner masih lagi berbisa. Beliau dianggap Mr. Consistent Liverpool kerana sering menyempurnakan sepakan penalti yang diambilnya

“Mereka bermain dengan cukup baik hari ini. Mereka hanya menunggu masa untuk menjaringkan gol. Jika anda mempunyai pasukan yang bagus dan mempunyai ramai pemain yang istimewa, ancaman bukan sahaja hadir dari satu kawasan sahaja.”

“Ia mungkin hadir menerusi Virgil van Dijk dari sepakan percuma, mungkin juga magis dari salah seorang dari penyerang 3 serangkai Liverpool.”

“Liverpool adalah sebuah pasukan yang tidak mempunyai kelemahan. Jika anda mengatur pasukan untuk menentang mereka, dimanakah kawasan yang anda rasa mampu menghukum Liverpool ? Saya rasa anda akan bergelut untuk mencari sebarang kelemahan dalam pasukan tersebut.”

BACA:  Coutinho: Neymar & Salah Mampu Gugat Dominasi Ronaldo-Messi