Lagenda Manchester United Bengang Dengan Jose Mourinho

Bekas penyerang England dan Manchester United, Teddy Sheringham mempersoal tindakan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang suka mengecam para pemain muda kelab Syaitan Merah tersebut secara umum.

Dua pemain yang paling kerap menjadi mangsa ialah Luke Shaw dan Anthony Martial, di mana mereka berdua sering dikritik mengenai tahap professional mereka dan juga prestasi yang kurang elok.

Ketika menentang Burnley, Martial berjaya menjaringkan gol dan selepas perlawanan, Mourinho mengatakan mereka seolah-olah baru membeli pemain yang baru.

Tapi lawan Burnley je lah yang Martial boleh jaringkan gol.

Sheringham ketika ditemui TalkSport berkata, Alex Ferguson dan Terry Venables – bekas pengurus England, hanya menghentam pemain di belakang tabir.

“Aku dah main untuk ramai jurulatih yang bagus, dan aku tak pernah kena kutuk macam lehenet depan media,” kata Sheringham yang juga bekas penyerang Tottenham.

“Pak Alex tak akan buat macam tu, Terry Venables pun tak mungkin buat macam tu dan bagi aku, diorang tu pengurus kelas dunia.

“Diorang selalunya akan bagi tahu apa yang kami buat silap bila kita berada dalam bilik persalinan, atau panggil kami masuk ke pejabat diorang, atau denda kami seminggu gaji, tapi depan wartawan, diorang selalu puji kami.

Teddy Sheringham ketika bersama pihak Syaitan Merah

“Aku memang hormat kepada pengurus aku yang macam tu,” kata Sheringham lagi.

United kini meneruskan rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan. Nampak hebat kan?

Daripada 25 perlawanan tu, kau kiralah berapa perlawanan seri.

Peluang United untuk menduduki kelompok empat teratas liga nampak gayanya semakin terhimpit, dan jalan terbaik untuk mereka layak ke Liga Juara-juara UEFA pada musim hadapan ialah dengan menjuarai Liga Europa.

Mampu ke?

Sumber berita : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga