Lagu YNWA Dinyanyikan Petugas Hospital

Para petugas National Health Sevice(NHS) telah menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone (YNWA) sesama mereka bagi mencari peransang untuk melawan COVID-19.

Pada ketika ini semua petugas di hospital tidak menang tangan dan hampir burn out kerana tidak cukup rehat angkara Coronavirus yang menyerang dunia.

Beberapa negara telah mengadakan perintah berkurung bagi mengawal pergerakan rakyat supaya virus tidak tersebar dengan meluas.

Di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah dikuatkuasakan selama dua minggu dan telah dilanjut sehingga 14 April 2020.

Walaupun pelbagai kempen telah dilakukan supaya semua duduk dirumah dan hanya keluar jika ada urusan yang penting masih ada yang degil.

Dengan kedegilan ssetengah rakyat telah menambah beban para petugas barisan hadapan.

Bagi mendapatkan semangat juang melawan COVID-19, petugas National Health Sevice(NHS) telah menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone (YNWA).

Lagu yang sinonim dengan pasukan Liverpool ini telah menjadi lagu pemangkin semangat melawan pandemik ini.

Stesen Radio Seluruh UK dan Eropah Mainkan Lagu YNWA

Hampir semua tesen radio seluruh United Kingdom (UK) dan Eropah telah memainkan lagu You’ll Never Walk Alone (YNWA) secara serentak pada pagi kelmarin.

Lagu yang sinonim dengan pasukan Liverpool ini dimainkan sebagai tanda solidariti ketika penularan Coronavirus yang semakin teruk.

Sebut Liverpool, bila la nak juara kan?

Seluruh dunia kni diserang pandemik Coronavirus namun semangat manusia sejagat masih kuat untuk menghadapi saat getir ini.

Pada jam 7.45 pagi, pendudukan Eropah yang bangun pagi akan disajikan halwa telinga mereka dengan lagu klasik Gerry & The Pacemakers.

Lagu You’ll Never Walk Alone lantunan Gerry & The Pacemakers ini telah dicipta pada tahun 1963.

Nyata tindakan stesen radio memutarkan lagu tersebut secara berjemaah telah menyentuh banyak jiwa yang mendengarnya.

Pendengar nyata terharu dan tersentuh dengan dendangan lagu ini dan terus memberi semangat untuk kekal di rumah.

Lalu media sosial telah dijadikan para pendengar ini untuk meluahkan betapa terharunya mereka. Bukan macam kau duk sebar berita palsu je.

“Betapa indahnya natang ni? Bersolidariti bersama sahabat di seantero Eropah melalui radio.”

“Oh Tuhan You’ll Never Walk Alone telah dimainkan di radio seluruh dunia secara serentak. Terlalu awal untuk menangis tetapi…”

Penyokong Chelsea juga tidak mampu mengawal diri dan membuatkan bulu roma berdiri mendengarnya.

Kami tidak berjalan sorang-sorang.

Ramai yang menangis dan menghayati lagu tersebut. Sesuatu tampak mudah dan ringkas tetapi penuh makna.

Laman Twitter rasmi Liverpool juga telah menaikkan lagu You’ll Never Walk Alone nyanyian penyokong.

Asal Usul Lagu Keramat Liverpool, You’ll Never Walk Alone

‘You’ll never walk alone’ atau dalam bahasa Melayunya ‘anda tidak akan berjalan keseorangan’ merupakan lagu paling popular dalam bolasepak, dan sering dinyanyikan peminat Liverpool sebelum sepak mula di Anfield.

Lagu ini dianggap lagu rasmi kepada Liverpool dan mungkin lagu paling popluar dalam dunia bola sepak ketika ini. YNWA turut dinyanyikan peminat kelab lain seperti Celtic, Borussia Dortmund, dan beberapa lagi kelab di luar sana.

Pemandangan indah di Anfield setiap kali Liverpool beraksi. Memang meremang bulu roma

Lagu ini cepat merebak ke seluruh Eropah kerana peminat Liverpool sering berjalan keluar dari England untuk menghadiri perlawanan Eropah melibatkan pasukan mereka. Tidak pelik lagu YNWA menjadi lagu yang amat popular dalam kalangan peminat bolasepak kerana Liverpool merupakan juara Eropah sebanyak 5 kali.

Tetapi mengapakah lagu ini diguna pakai oleh peminat Liverpool untuk pasukan mereka ? Sebenarnya, sejarah dan hubungan lagu YNWA dengan Liverpool boleh dikesan bermula sejak dari 1960-an lagi.

Siapakah Penulis Lagu YNWA ?

Lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ ditulis oleh Oscar Hammerstein II dan diolah lebih lanjut oleh Richard Rodgers untuk teater musikal mereka yang bertajuk ‘Carousel’. Lagu tersebut mula diterbitkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1945.

Lagu ini terus berkembang dan muncul beberapa version yang telah diolah lebih lanjut. Olahan yang paling berjaya dilakukan oleh Gerry and the Pacemakers pada tahun 1963 dan diterbitkan di United Kingdom.

Versi lagu YNWA nyanyian kumpulan ini muncul lagu hit nombor 1 di carta lagu UK pada ketika itu dan kekal di tangga teratas selama 4 minggu.

Bilakah Liverpool Mula Mengguna Pakai Lagu YNWA ?

Sebaik sahaja lagu YNWA versi Gerry and the Pacemakers dikeluarkan, peminat Liverpool terus mengguna pakai lagu tersebut sebagai salah satu cara untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Salinan lagu tersebut ditunjukkan kepada pengurus Liverpool ketika itu, Bill Shankly ketika jelajah pra-musim pada tahun yang sama.

Tak senang duduk peminat Manchester United setiap kali lagu ini berkemundang

Menurut bekas pemain Liverpool bernama Tommy Smith, Shankly berasa sangat teruja selepas mendengar lagu tersebut.

Wartawan yang mengikut sama rombongan jelajah pra-musim Liverpool terus melaporkan lagu YNWA akan menjadi lagu rasmi kelab tersebut dan segalanya berlangsung dengan pantas selepas itu.

Pemandangan puluhan ribu peminat Liverpool menyanyikan lagu YNWA sebelum bermulanya perlawanan di Anfield menjadi satu fenomena dan tradisi tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Kelab Lain Yang Menggunakan Lagu YNWA Sebagai Lagu Mereka

Celtic merupakan kelab terawal  yang menggunapakai lagu YNWA selepas Liverpool. Walaubagaimanapun, masih lagi wujud perdebatan kelab manakah yang menggunakan lagu tersebut lebih dahulu.

Tetapi ramai bersetuju dengan cerita peminat Celtic menggunakan lagu tersebut selepas mendengar ia dinyanyikan penyokong Liverpool di Anfield ketika kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan separuh akhir European Cup Winners.

Celtic claim mereka dulu yang pakai lagu ni

Sehingga ke hari ini, sama seperti di Anfield, lagu YNWA akan berkemundang sebelum bermulanya mana-mana perlawanan di Celtic Park.

Selepas itu, lagu ini terus merebak ke seluruh Eropah. Antara kelab terkenal yang diketahui menyanyikan lagu ini adalah Borussia Dortmund dan Feyenoord.

Dua musim yang lalu ketika Dortmund dan Liverpool bertembung dalam pusingan suku akhir Europa League.

Selain daripada itu, lagu ini turut popular di benua lain. Sebagai contoh, ia turut dinyanyikan oleh penyokong FC Tokyo, kelab yang beraksi di Liga Jepun.

Apakah Lirik Sebenar YNWA ?

Sebagai rakyat Malaysia berdarah Merseyside, anda perlu tahu setiap patah perkataan lagu keramat ini. Nah sila hafal dan nyanyikan ia apabila Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti.

Gamatkan suasana kedai mamak dan nyanyikan ia dengan penuh perasaan bangga di hadapan rakan Setan Merah anda.

When you walk through a storm, hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm, there’s a golden sky
And the sweet, silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

BACA:  Pemain Liverpool Menyanyikan Lagu YNWA Dengan Penuh Emosi