Lain Macam dan Sungguh Gila Atmosfera Di St James Park

Suasana lain macam dan sungguh gila atmosfera di stadium keramat Newcastle United, St James Park yang seakan kembali bernyawa selepas memilik pemilik baru ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur.

St James Park sentiasa penuh dengan penyokong mereka namun seakan kehilangan roh dan jiwa sejak berada dibawah pemilikan Mike Ashley yang kedekut tahi hidung masin lagi mementingkan poket sendiri.

Berita pengambilalihan oleh konsortium dari Arab Saudi yang diketua oleh Public Investment Fund (PIF) dikatakan berita paling gembira buat peminat Newcastle United sejak pembelian Alan Shearer hampir puluhan tahun lalu.

Kegembiraan teramat sangat jelas terpancar di raut wajah peminat Newcastle United dengan berakhirnya rejim yang dipimpin oleh Mike Ashley yang menyaksikan dua kali Newcastle jatuh ke liga bawahan.

Lagi menyakitkan hati dan menambah kebencian ramai apabila pemilik Sports Direct itu bukan sahaja tidak bercita-cita memajukan kelab malah telah menukar nama stadium untuk keuntungan.

Mujur nama St James Park kembali digunakan dan kekal sehingga ke hari. Itulah antara sebab musabab kenapa Mike Ashley dibenci ramai. Kalau nak senaraikan rasanya ada berbelas-belas.

Ada juga para peminat kembali ke stadium buat pertama kali selepas sekian lama kerana memboikot Mike Ashley, lalu mereka melepaskan kerinduan dengan nyanyian dan sorakan.

St James Park kembali bernyawa dan mempunyai jiwa dari penyokong yang sejati yang digelar the Magpies sebelum sepak mula bertemu Spurs.

Pengerusi baru Newcastle United Yasir Al-Ramayyan merangkap Gabenor Public Investment Fund (PIF) dan Amanda Staveley turut hadir dan menerima sambutan hangat dan sangat dialu-alukan.

Kemeriahan itu telah menyemarakkan semangat pemain, Callum Wilson telah membuka tirai perlawanan di St James’ Park seawal minit kedua lagi selepas menyempurnakan umpanan Javier Manquillo.

Namun Tottenham Hotspur kembali bangkit mengejar untuk mendahului apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit.

Tanguy Ndombele menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 sebelum Harry Kane kembali menemui sentuhan beliau dengan gol kedua pada minit ke-22.

Perlawanan antara Newcastle United menentang Tottenham Hotspur yang berlangsung di St James’ Park terpaksa dihentikan kerana ada seorang penonton yang terpaksa diberikan rawatan kecemasan ditempat duduk penonton.

Perlawanan terus dihentikan ketika perlawanan sudah menghampiri rehat separuh masa pertama apabila pengadil, Andre Marriner perlawanan meminta pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang.

Ketika perlawanan berlangsung tiada yang menyedari situasi yang menimpa penonton tersebut, namun pemain Tottenham Hotspur yang menyedarinya terus memberitahu pengadil perlawanan.

Sergio Reguilon yang mengesan sesuatu yang serius terjadi terus memberitahu Andre Marriner untuk membuat keputusan segera dan perlawanan terus dihentikan.

Rakan sepasukan Sergio Reguilon, Eric Dier telah berlari untuk mendapatkan defibrillator yang berada diseberang padang.

Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam.

Tindakan pantas Sergio Reguilon dan Eric Dier yang segera bertindak bagi menyelamatkan nyawa penyokong itu mendapat pujian ramai.

Penonton tersebut dilaporkan mengalami serangan jantung dan situasi semasa keadaan penyokong tersebut masih belum diketahui. Semoga baik-baik saja.

Newcastle United melalui laman media rasmi mereka telah mengumumkan bahawa peminat yang memerlukan bantuan perubatan itu kini berada dalam keadaan stabil dan dalam perjalanan ke hospital.

“Penyokong yang memerlukan bantuan perubatan segera telah stabil dan dalam perjalanan ke hospital.”

Perlawanan kemudiaannya kembali bersambung untuk baki perlawanan yang tersisa.

Permainan telah dihentikan pada minit ke-41 dan permainan kembali bersambung , pegawai keempat mengangkat papan menunjukkan 7 minit masa tambahan.

Son Heung Min menjadikan kedudukan selepas permainan bersambung dan kedudukan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Jonjo Shelvey yang masuk menggantikan Sean Longstaff pada minit ke-60 hanya sempat beraksi selama 20 minit apabila dilayangkan kad kuning kedua dan diarahkan meninggalkan padang.

Pada minit ke-89, Eric Dier yang menjadi wira rakyat sekali lagi menjadi wira penyokong Newcastle United apabila menjaringkan gol sendiri.

Gol itu tidak cukup untuk Newcastle meraih sebarang mata dan mengalami kekalahan kelima musim ini selepas lapan perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-1000 yang dikendalikan oleh Steve Bruce selaku pengurus dan tidak dapat diraikan dengan tiga mata.

BACA:  Newcastle Ditendang Keluar Dari Saingan FA Cup Oleh Pasukan Kerdil Dari League One