Lakonan Bertaraf Diva Bruno Fernandes Jadi Bualan Dunia Bola Sepak

Menang, seri dan tewas itulah 3 jenis keputusan yang akan dapat dinikmati oleh sebuah pasukan bola sepak kejuaraan, kejayaan dan kegemilangan hanya dapat dikecapi dengan kemenangan.

Seri atau tewas untuk pasukan hebat seperti Liverpool merupakan perkara yang jarang berlaku kini yang bertahap ‘bare rare’ tapi tidak bagi Manchester United.

Kalah itu biasa, seri jarang-jarang dan menang luar biasa, tewas dan melakukan aksi yang bukan-bukan seperti yang dilakukan oleh Bruno Fernandes ini amatlah menyedihkan.

Tak menang takpe jangan jadi bangang dan melakukan perkara yang memalukan.

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi diva dengan lakonan disertai gulingan ke padang yang sangat melampaui akal fikiran manusia bagi mendapatkan sepakan percuma.

Ketika James McCarthy membawa, Bruno Fernandes cuba untuk menghalang, melihat halangan yang datang McCarthy menggelecek dan berjaya melepasi Bruno Fernandes.

Apa yang ajaibnyam Bruno Fernandes telah melompat dan mengangkat kaki kanannya ke belakang sebelum terhempas ketanah dan melakukan 1.5 kali gulingan sambil menjerit.

Selepas gulingan terhenti, Fernandes dilihat tertonggeng menahan kesakitan yang amat sambil menanti belas kasihan daripada pengadil peralawanan.

Namun tindakan Bruno Fernandes yang berbentuk satu kepura-puraan itu tidak mendapat layanan daripada pengadil dan ada pula mencadangkan Burno Fernandes dikenakan hukuman.

Rakaman ulang tayang jelas menunjukkan bola berada di kaki James McCarthy yang membuat gelecekan dan jika ada sentuhan pun hanya pergeseran halus antara kaki McCarthy dan Fernandes.

Namun reaksi ditunjukkan Fenandes seperti McCarthy telah memijak kakinya yang tidak memakai kasut dan kemudian di tikam-tikam dengan pisau lalu digilis dengan steamroller.

Lalu peminat Setan Merah menunjukkan gambar bukti ada sentuhan. Mungkin ada sentuhan tetapi terlalu minima dan bola pula lekat di kaki James McCarthy.

Nyata reaksi Bruno Fernandes tidak berpadanan dengan sentuhan yang minima. Jangan nak bekap sangat nanti nampak sangat bengap.

Peminat Bola Sepak Mahu Bruno Fernandes Dihukum

Jelas Manchester United telah mempamerkan aksi yang memalukan dalam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas kepada Crystal Palace hasil dua jaringan Wilfred Zaha dan Andros Townsend.

Gol saguhati Manchester United pula telah dijaringkan oleh satu-satunya pemain baru diikat bagi mengahadapi musim 2020/21 setakat ini Donny Van De Beek.

Nyata aksi 20 minit Donny Van De Beek dalam debut di Premier League tidak mengecewakan dan memberi sinar dengan satu jaringan.

Ekoran perangai memalukan yang ditunjukkan oleh Bruno Fernandes, maka ada peminat yang mahukan pemain Portugal itu dikenakan hukuman penggantungan perlawanan.

Sebelum ini pada musim 2017/18 Premier League telah memperkenalkan ‘simulation suspensions’ atau penggantungan simulasi.

1. Pemain yang melakukan terjunan atau pura-pura cedera boleh digantung dua perlawanan.

2. Rakaman perlawanan minggu tersebut akan dinilao pada hari isnin dan pemain yang didapati bersalah melakukan simulasi akan digantung.

3. Tiga orang panel akan membuat penilaian video tersebut yang terdiri daripada bekas pegawai perlawanan, bekas pengurus dan bekas pemain.

4. FA akan membuat penggantungan jika ketiga-tiga panel ini mencapai keputusan sebulat suara. Semua kena setuju.

5. Sekiranya pengadil memberikan kad kuning atau kepada kad merah kepada pemain lawan yang turut menjadi mangsa kepada simulasi pemain tersebut, maka kad kuning atau kad merah itu akan ditarik semula.

Kau rasa Bruno Fernandes patut kenan ke tidak penggantungan seperti yang diperkenalkan oleh FA England pada musim 2017/18 ini?

Apa pun semua ini berbalik kepada 3 orang panel yang dilantik.

BACA:  Dianggap Kembar Bruno Fernandes, Ini Jawapan Atlet Taekwondo Tunisia