Laman Twitter Bristol City Meraikan Gol Pasukan Dengan GIF Yang Sangat Kreatif

Bristol City menggunakan laman Twitter mereka seperti laman rasmi pasukan yang lain untuk mengemaskini keputusan perlawanan terutama apabila pasukan menjaringkan gol. Namun kaedah yang digunakan oleh Bristol City sangat menakjubkan dan menarik.

Setiap kali pasukan mereka menjaringkan gol, laman Twitter Bristol City akan memuat naik GIF pemain Bristol City yang menjaringkan gol dengan aksi yang bersahaja lagi melucukan seperti aksi menggosok baju, gosok gigi, memecahkan telur di dahi dan bermacam lagi.

Idea kreatif Bristol City ini nyata menjadi bualan peminat bola sepak di Twitter dan sudah tentu bagi peminat pasukan lawan jika melihat GIF ini mungkin akan membuatkan mereka sentap dan terasa hati.

Tetapi entahlah apa perasaan penyokong Manchester United jika melihat dua GIF di bawah ini selepas tewas pada penghujung perlawanan.

Gol pertama dari Bryan 1-0.

Gol kemenangan dari Smith 2-1.

Musim lalu Bristol City terselamat dari zon penyingkiran hasil gol dari pemain pinjaman mereka, Tammy Abraham. Musim ini mereka muncul sebagai pencabar untuk merebut tempat ke Premier League.

Jika diperhatikan pada setiap GIF akan terdapat logo penaja yang berlainan di letakkan. Pandai buat duit.

Baca Juga

Baca Juga