Lampard Dedah Sebab Mourinho Jual De Bruyne Semasa Di Chelsea

Kevin De Bruyne kini merupakan pemain tengah terbaik dunia yang dilabel sebagai seorang pemain yang ‘sempurna’ kerana mempunyai kemampuan, kemahiran, teknik, visi untuk mecipta hantaran jauh atau pendek dan merencanakan serangan dengan begitu genius.

Dianggap sebagai pemain yang serba boleh Kevin De Bruyne bermain di posisi utamanya iaitu ditengah atau attacking midfielder serta boleh bermain diposisi lain sebagai winger atau penyerang kedua.

Selain sebagai pemain tengah yang kreatif dalam mencipta gerakan gol, Kevin de Bryune mempunyai kemampuan menjaringkan gol ditambah dengan rembatan jarak jauh yang padu namati dari kaki kiri atau kanan.

Kevin de Bryune buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea namun percubaannya memasuki pasukan utama tidak berhasil dan telah dilepaskan ke Bundesliga.

Lagenda pasukan Chelsea Frank Lampard yang merupakan seorang pesara bola sepak tenang menikmati pencen sambil menjadi pengurus telah mendedahkan sebab kenapa Jose Mourinho telah menjual Kevin De Bruyne.

Pada ketika itu Jose Mourinho menjadi pengurus di Chelsea.

Lampard berhijrah ke Amerika pada tahun 2015 selepas memulakan kerjaya di West Ham United dan menjalani karier yang gemilang di Chelsea. Semasa di New York FC Lampard telah dipinjamkan ke Manchester City.

Bersama Chelsea Lampard telah memenangi 3 gelaran liga, 4 Piala FA, masing-masing satu Liga Juara Eropah dan Liga Europa. Lampard juga mempunyai 106 cap bersama pasukan England. Lampard kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 211 gol.

Kevin De Bruyne memulakan karier bola sepaknya bersama Genk pada 2008 dan menjadi pemain utama apabila Genk menjuarai Belgian Pro League pada musim 2010/11. Kehebatan bersama Genk menarik minat Chelsea dan menyertai mereka pada tahun 2012.

Malangnya De Bruyne sukar mendapat tempat di Chelsea dan dipinjamkan ke Werder Bremen. De Bruyne tidak bermasalah untuk beraksi cemerlang hingga menarik minat Wolfsburg untuk membeli beliau pada harga £18 juta pada 2014.

Bercakap kepada BT Sports selepas De Bryune menjaringkan gol kemenangan ketika menentang bekas pasukannya, Chelsea beberapa tahun lalu, Lampard telah mendedahkan kenapa De Bryune dijual di era Jose Mourinho :

“Ketika itu masa yang sukar bagi kelab membuat pilihan, di Chelsea ketika itu ada Hazard, Oscar dan Willian yang baru diikat. De Bruyne ketika itu tidak sebagus seperti sekarang.

“Sudah tentu senang bagi kamu yang melihat dan berkata ‘Nape ler ko pegi jual De Bruyne?’ Tapi beliau pergi dan menjadikan dirinya sebagai pemain bertaraf dunia.”

Pada 2012 di usia 21 tahun Kevin De Bruyne menyertai Chelsea dan Chelsea pula tidak ketandusan pemain bintang serta ketika itu Hazard, Oscar dan Willian baru saja masuk ditambah pula Lampard sendiri masih menjadi pilihan utama.

Satu keputusan yang tepat De Bruyne keluar untuk mencari minit permainan dan mengembangkan lagi kemahiran bola sepaknya.

Jika Kevin De Bruyne masih kekal di Chelsea mungkin perkembangannya sebagai pemain bola sepak tidak sebagus dan sepower seperti hari ini.

Jadi keputusan Mourinho melepaskan dan kerelaan De Byune untuk meninggalkan Chelsea satu keputusan yang menguntungkan. dua-dua menang.

De Bruyne terus cemerlang dan pada tahun 2015 beliau tersenarai sebagai Footballer of the Year in Germany dan menyertai Manchester City dengan yuran yang memecahkan rekod perpindahan kelab pada ketika itu, £55 juta.

Di usia 19 tahun pada 2010, Kevin De Bruyne telah melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belgium dan telah mempunyai lebih 90 cap setakat ini. De Bruyne merupakan salah seorang pemain yang membawa Belgium ke suku akhir Piala Dunia 2014 dan EURO 2016.

BACA:  Kevin De Bruyne Mempertimbangkan Untuk Tinggalkan City