Bekas pemain Chelsea, Frank Lampard mendedahkan bekas majikannya itu terpaksa melepaskan beliau kerana mahu membawa masuk Cecs Fabregas sebagai penggantinya di bahagian tengah.
Legenda Chelsea itu membuat kenyataan tersebut dalam nada separa-ketawa ketika hadir sebagai panel dalam rancangan ‘Premier League Tonight’ di bawah kelolaan stesen televisyen BT Sport.
Ketika kenyataan tersebut dibuat, panel yang hadir sedang berbincang mengenai persengketaan di antara Manchester United dan Arsenal dan secara tiba-tiba nama Fabregas dipetik.
Sebelum ini, Fabregas juga telah membuat pengakuan dalam rancangan televisyen yang beliau adalah individu yang bertanggungjawab membaling sepotong pizza yang singgah tepat di kepala Sir Alex Ferguson dalam insiden ‘Terowong Old Trafford’ selepas Manchester United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Arsenal.
Hos rancangan tersebut, Jake Humphrey bertanya kepada Lampard sama ada Fabregas pernah berbicara mengenai insiden tersebut di Chelsea, tetapi Lampard menjawab persoalan tersebut dengan memberitahu beliau tidak pernah bermain bersama Fabregas kerana bekas pemain Arsenal ini dibawa masuk untuk menggantikan tempat beliau di Stamford Bridge.
“Saya tidak pernah bermain di Chelsea bersama Fabregas. Beliau sebenarnya dibawa masuk untuk menggantikan tempat saya dalam pasukan. Kami juga tidak mempunyai hubungan yang baik di atas padang, jadi saya berpendapat kami tidak akan sekali-kali berkongsi satu bilik persalinan yang sama.”
Persengketaan di antara Lampard dan Fabregas bermula seawal tahun 2007 pada perlawanan akhir Piala Liga yang menemukan Chelsea dan Arsenal.
Pada perlawanan tersebut, Fabregas menarik kepala Lampard selepas bekas pemain England ini cuba masuk campur dalam insiden yang melibatkan Kolo Toure sebelum itu.
Satu pergaduhan besar tercetus dan 3 pemain telah dibuang padang oleh pengadil perlawanan ketika itu, Howard Webb. Untuk rekod, Chelsea berjaya menewaskan Arsenal dalam aksi final tersebut dengan jaringan 2-1.
Fabregas menyertai Chelsea pada tirai perpindahan musim panas 2014 dari Barcelona, dan tidak lama kemudian, Lampard meninggalkan kelab yang diwakilinya selama 13 tahun untuk berkelana ke Amerika Syarikat.
Lampard berjaya melakukan 649 penampilan sepanjang bersama kelab London tersebut dan muncul ikon Chelsea selepas muncul penjaring terbanyak dalam sejarah kelab.
Selain memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Lampard turut memenangi satu trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2012 selepas menewaskan Bayern Munich menerusi sepakan penalti di Allianz Arena.
Beliau menyertai New York City untuk bermain dalam saingan MLS seleps dilepaskan Chelsea. Lampard turut sempat beraksi seketika bersama Manchester City pada musim 2014/2015 ketika saingan MLS berhenti rehat.
Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang Chelsea
Frank Lampard masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol penyamaan buat Manchester City sekaligus menafikan kemenangan buat kelab lamanya Chelsea.
Lampard tidak meraikan gol itu dan kelihatan hampir menitiskan air mata.
Selepas tamat perlawanan Lampard pergi kepada penyokong Chelsea seolah-olah meminta maaf dan menerima tepukan dari penyokong Chelsea.
Lampard berlalu sambil mengesat air mata.
#RESPECT
Selepas 13 Tahun Akhirnya Fabregas Mengaku Membaling Pizza Ke Muka Ferguson
Cesc Fabregas akhirnya mengaku bahawa beliaulah lelaki misteri yang membaling pizza ke muka pengurus Manchester United yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi , Sir Alex Ferguson.
Kejadian tersebut yang digelar Pizzagate kekal menjadi misteri sejak tahun 2004 sehinggalah Cesc Fabregas yang kini merupakan pemain Chelsea mengakui beliaulah insan misteri itu.
Insiden ini telah menjadi perbualan hangat seluruh dunia bola sepak pada ketika itu kerana Manchester United yang power berjaya menewaskan Arsenal yang masih belum menjadi lemah dah lembik dengan jaringan dua gol tanpa balas.
Kemenangan Manchester United itu juga telah menamatkan rekod menakjubkan 49 perlawanan tanpa kalah Arsenal yang mengharungi musim invinsible. Kecewa dan terkedu dengan keputusan itu telah menjadikan pemain menjadi mudah tersinggung.
Kekecohan berlaku dalam terowong antara pemain bintang ketika itu membabitkan Rio Ferdinand, Martin Keown dan Sol Campbell. Mereka dilihat saling tolak menolak, rempuh-merempuh dan menjerit antara satu sama lain seolah-olah tiada pedoman dalam diri.
Dalam insiden tersebut sekeping pizza terbang telah melayang dan menampar muka kemerah-merahan Sir Alex Ferguson telah membuatkan mereka yang berada dalam terowong itu tergamam. Ferguson terpaksa menukar jaket untuk temuramah kerana pizza tersebut telah menodai jaket beliau.
Ashley Cole dalam autobiografinya telah memperincikan kejadian tersebut :
“Semua mata mengalihkan pandangan dengan mulut terlopong melihat pizza singgah ke muka Ferguson yang bermuka ungu tua yang terkenal itu dan pizza itu telah melorot jatuh ke sut hitam yang kelihatan kemas dan segak di badan Fergie.”
Selepas kejadian Ferguson membuat kenyataan :
“Mereka lihat individu yang membaling pizza ke muka aku adalah Cesc Fabregas tapi hingga sekarang aku tak tahu siapa penjenayah pizza yang sebenar.”
Martin Keown juga mengesahkan siapa yang melempar tanpa menyebut nama :
“Seperti aku ceritakan dalam radio beberapa tahun lalu, dari apa yang aku faham, perbuatan ini dilakukan oleh lelaki Sepanyol yang mempunyai teknik yang hebat.
“Bila membuat balingan pizza pun beliau masih mempunyai teknik yang hebat. Beliau baling macam main Frisbee.”
Bertahun-tahun spekulasi berputar dan berkumandang bahawa lelaki Sepanyol yang bernama Cesc Fabregas merupakan petualang dan dalang dalam kejadian Pizzagate. Akhirnya bekas pemain Arsenal berusia 30 tahun itu merungkaikan segalanya.
Dalam rancangan League of their Own terbitan Sky pada Khamis lalu, pengacara rancangan tersebut James Corden telah menyoal Fabregas.
“Bolehkah kita menutup cerita kes pizza terbang buat selamanya? Adakah anda dalang yang membaling pizza tersebut?
Tanpa segan silu dan penuh yakin dengan sekali lafaz Fabregas mengakui satu kebenaran sambil menuduh Martin Keown sebagai pembohong :
“YA!, Martin Keown pembohong sebab masa tu aku nampak Keown depan mata aku sibuk duk menumbuk orang, jadi dia tidak nampak apa-apa.”
“Tiba-tiba aku dengar bunyi bising dan masa tu aku fikir apa yang berlaku? Lalu aku keluar dengan sekeping pizza yang dibawa berlari jauh menyusur terowong yang bising, aku nampak Sol Campbell, Rio Ferdinand, Martin Keown… mereka sedang menolak antara satu sama lain macam darai.”
“Aku nak join sekali tapi aku tak tau lagu mana dan aku terus baling pizza tersebut. Aku hanya baling tanpa berniat mensasarkan kepada siapa.”
Sambil berpaling ke arah kamera Fabregas membuat permohonan maaf kepada Ferguson :
“Aku memohon kemaafan dari mu Sir Alex, sesungguhnya aku tidak berniat untuk melakukannya.”
Akhirnya selepas 14 tahun misteri Pizzagate telah terungkai dan pesalah utama telah diketahui dengan pengakuan dari Cesc Fabregas.
Sumber : Mirror
Semua