Lapan Fakta Tentang Van Dijk Yang Tidak Ramai Tahu

Musim ini Virgil Van Dijk masih meneruskan kekentalan dan kecemerlangan beliau dalam menjaga kubu pertahanan pasukan Liverpool.

Pemain pertahanan tengah itu tidak pernah terlepas sebarang perlawanan dalam kempen saingan liga perdana musim ini.

Beliau merupakan tunjang utama yang membantu Liverpool memenangi perlawanan dengan banyak keputusan clean sheets musim ini.

Selain ketangkasan Alisson Becker, Van Dijk juga memainkan peranan dalam memastikan kubu Liverpool tidak dirobek lawan.

Liverpool antara pasukan yang paling kurang dibolosi dari kalangan top flight lain dalam saingan premier league musim ini.

Tiada keraguan lagi tentang kehebatan Virgil Van Dijk ini untuk ditabalkan sebagai pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini.

Tetapi sebenarnya masih banyak perkara tentang pemain berusia 28 tahun ini yang tidak diketahui peminat.

Semuanya bermula pada tahun 2013, bila beliau menyertai Celtic, ketika itu baru lah Van Dijk mula dikenali peminat di UK.

Peminat premier league mungkin tidak begitu memberi perhatian kepada beliau hingga Van dijk menyertai Southampton.

Dan nama Van Dijk mula meningkat naik sejak beliau mula menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan pemain pertahanan terbesar bernilai £75 juta.

Ini bermakna beberapa unsur perjalanan luar biasanya untuk beliau menjadi pemain pertahanan terbaik di dunia tidak diketahui oleh para peminatnya.

Dek kerana itu diinspirasikan oleh Soccer Stories- Oh My Goal, mereka telah berkongsikan kisah tentang Van Dijk yang mungkin tidak diketahui peminat.

1) Pernah Menjadi Tukang Cuci Mangkuk

Pemain Belanda itu pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci mangkuk dengan pendapatan €4 sejam.

Majikannya Jacques Lips sendiri pernah menyuruh beliau berhenti bermimpi untuk menjadi pemain bola dan beliau pernah mendedahkan isu itu kepada The Mirror:

“Selepas siap bekerja, ayahnya selalu mengambil beliau. Saya juga selalu menyuruh dia cuci lebih banyak pinggan mangkuk dan berhenti bermimpi untuk menjadi pemain bola sepak.”

2) Pernah Menjaringkan Gol Solo Yang Cantik

Van Dijk pernah menjaringkan gol hasil larian solo yang sangat cantik dan mantap ketika bersama Celtic bertemu pasukan St Johnstone.

Ketika itu beliau baru saja menyertai Celtic dan nilai untuk pemain pertahanan terbaik dunia itu cuma £2 juta sahaja.

3) Pernah Bermain Di Posisi Lain Selain Centre Back

Sebelum beliau cemerlang sebagai seorang centre back terbaik dunia, Van Dijk pernah bermain di posisi pertahanan kanan.

Dan ketika di peringkat remaja, Van Dijk pernah bermain sebagai seorang penyerang. Perkara ini pernah didedahkan oleh beliau sendiri ketika temu bual dalam BBC Radio 5 Live.

4) Menjadi Rebutan Sebelum Beraksi Bersama Liverpool

Sebelum Virgil Van Dijk menyertai Liverpool beliau telah dilamar oleh Manchester City dan Chelsea sebelum bersetuju untuk menyertai Liverpool.

Beliau bersetuju menyertai Liverpool bukan kerana tawaran yang diberikan sebaliknya Van Dijk memilih Liverpool kerana pengaruh minatnya kepada Jurgen Klopp.

5) Sebelum Sertai Southampton Beliau Turut Di Pantau Pasukan Lain.

Menurut Daily Record, pada tahun 2014 Van Dijk telah di pantau oleh beberapa pasukan lain selain dari Southampton.

Newcastle dan Sevilla antara pasukan yang berminat untuk mendapatkannya sebelum Van Dijk sertai Southampton.

6) Hampir Mati Kerana Penyakit Appendix Yang Teruk

Pemenang pemain terbaik tahunan PFA 2019 itu bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini.

Bekas jurulatihnya Dick Lukkien pernah menceritakan kepada FourFourTwo bahawa Van Dijk hampir meninggal dunia pada tahun 2012 kerana appendix yang teruk.

Mujur beliau berjaya di selamatkan menerusi pembedahan dan sihat sehingga sekarang.

7) Van Dijk Berketurunan Suriname

Ketua pasukan Netherlands, Van Dijk sebenarnya berketurunan dari Suriname, ibunya berasal dari Amerika Selatan.

Antara legenda Belanda yang bersusur galur yang sama sepertinya adalah Edgar Davids, Clarence Seedorf dan Frank Rijkaard.

8) Penyokong Barcelona Ketika Zaman Kanak-kanak

Seperti kanak-kanak era 90 an yang lain, Van Dijk membesar menonton kegemilangan Pasukan gergasi Eropah itu.

Dan sewaktu kecil, Van Dijk merupakan penyokong tegar pasukan Barcelona.

Dengan kisah perjalanan yang begitu mencabar seperti bekerja sebagai tukang cuci mangkuk dan pernah mengalami appendix yang teruk, tiada siapa duga beliau bakal seberjaya sekarang.

BACA:  Virgil Van Dijk Balas Balik Kecaman Bekas Pemain