Laporan Perlawanan Liverpool Menentang Tottenham Hotspurs

Tottenham Hotspurs telah beralih ke padang Anfield untuk menentang Liverpool. Perlawanan yang bakal mengukuhkan atau secara tidak langsung mengubah kedudukan kompleks kelab gergasi yang berada di kedudukan teratas rajah Liga Premier.

Spurs berada di kedudukan ke-lima. Manakala Liverpool yang di tangga ke-tiga mempunyai kelebihan dua mata melebihi lawannya pada hari tersebut. Disamping itu, Spurs juga telah meninggalkan Arsenal di kedudukan bawah pada tangga ke-tujuh dengan jarak tiga mata.

Maka, sekiranya mereka berjaya memenangi perlawanan ini, Spurs bakal maju ke tangga ke-tiga menundukkan Liverpool satu tangga di bawahnya. Secara tidak langsung, hal ini membuatkan kemenangan sensasi 5-1 Arsenal menentang Everton hanya tinggal usaha yang sia-sia.

Pada kali terakhir dua pasukan ini beraksi dahulu, Liverpool telah ditewaskan dengan perbezaan jaringan 4-1 oleh Spurs lantas menjadikan Dejan Lovren sebuah karektor kartun yang melucukan. Namun, masa telah banyak mengubah prestasi permainan masing masing.

Jurgen Klopp kelihatan tegang meninggalkan perlawanan tersebut. (Sumber: Reuters)

Perlawanan pada kali ini disertai oleh barisan pemain yang tidak asing lagi bagi peminat tegar kedua-dua kelab gergasi Liga Premier ini. Dari Liverpool, mereka menampilkan Karius, Alexander-Arnold, Van Dijk, Lovren, Robertson, Can, Henderson, Milner, Salah, Firmino, dan Mané berserta Wijnaldum, Moreno, Oxlade-Chamberlain, Mignolet, Ings, Solanke, dan Matip sebagai pemain tambahan.

Manakala dari seberang Tottenham Hotspur pula, Lloris, Trippier, Sanchez, Vertonghen, Davies, Dier, Dembele, Eriksen, Alli, Son, dan Kane telah tersenarai sebagai pemain utama disamping Lamela, Wanyama, Vorm, Sissoko, Llorente, Aurier, dan Winks menunggu di bangku pemain tambahan.

Perlawanan kali ini diadili oleh Juruadil Jonathan Moss yang hanya mula fokus dalam bidang pengadilan bola sepak pada tahun 1999.

Minit 00

Perlawanan dimulakan oleh pemain Liverpool bernombor tujuh, James Milne. Pada awalnya, permainan Liverpool lebih tertumpu kepada serangan yang secara tidak langsung memberikan tekanan kepada bahagian pertahanan Spurs.

Minit 03

Pada minit yang ke-tiga, Dier dapat mencari ruang hantaran terus ke Mohammed Salah yang bebas tanpa sebarang penjagaan ketat. Menyedari akan peluang tersebut, Salah dengan tenang dan tanpa ragu ragu menjaringkan gol pertama untuk Liverpool. Gol tersebut jelas telah menjatuhkan semangat pemain Spurs.

Minit 17

Cubaan seterusnya oleh Milner melalui hantaran Alexander-Arnold pada minit ke-17 walaubagaimanapun tidak memberikan sebarang gol apabila sepakan Milner tersasar keluar melegakan Lloris yang dalam keadaan berjaga jaga.

Minit 20

Spurs telah dapat mencorak permainan mereka namun Liverpool jelas meletakkan mereka di kedudukan yang jauh lebih selesa. Corak hantaran yang cantik di hadapan kotak Spurs dihentikan oleh Robertson yang menendang tinggi bola tersebut melepasi palang gol. Rakan sepasukannya pasti tidak begitu kagum dengan tindakannya.

Minit 30

Tekanan demi tekanan dari pihak Liverpool mematahkan setiap permainan Spurs yang cuba untuk mengorak langkah ke hadapan. Setiap hantaran dan perolehan dari pemain Spurs harus berpatah balik untuk melindungi gawangnya dari serangan balas Liverpool.

Minit 33

Serangan balas dari Spurs! Son akhirnya dapat menembusi kotak Liverpool lantas memberikan hantaran kemas ke Eriksen yang muncul dari sebelah kanan. Cubaan dari Eriksen keras namun berjaya diselamatkan oleh Karius yang berada dihadapan pemain tengah Spurs itu.

Minit 41

Uh Ohh, Alexander-Arnold dilayangkan kad kuning. Amaran pertama untuk pasukan Liverpool. Kekasaran tersbut berlaku apabila Alexander-Arnold dan Ben Davies cuba untuk mendapatkan bola namun terlepas. Kejadian yang belaku dengan pantas itu menyebabkan terjahan keras stud Alexander ke atas tumit Davies.

Separuh Masa

Pada separuh masa pertama, Liverpool telah berada dihadapan dengan jumlah gol 1-0. Spurs bagaimanapun boleh menarik nafas lega kerana perbezaan mata yang tidak ketara tersebut membolehkan mereka bangkit semula pada separuh masa kedua. Mereka hanya memerlukan sedikit ruang dari kesilapan pemain Liverpool bagi memberikan mereka peluang menyamakan mata kembali. Tidak disangkal lagi, perkara ini juga bakal menimbulkan rasa tidak senang kepada Jurgen Klopp.

Minit 65

Setelah 15 minit permainan bermula, Klopp telah melakukan pertukaran berganda melibatkan Oxlade-Chamberlain dan Wijnaldum (Masuk) menggantikan Mane dan Henderson (Keluar). Keputusan tersebut diikuti oleh Spurs dengan menggantikan Sanchez (Keluar) bertukar Lamela (Masuk). Sepuluh minit terakhir merupakan saat yang genting, maka Liverpool telah membuat pertukaran terakhir antara Milner (Keluar) dan Matip (Masuk) pada minit ke-78.

Minit 80

Sejak permainan separa masa kedua bermula, possessi bola oleh kedua dua belah pihak saling bertukar. Namun ruang yang terbuka memberikan peluang kepada Wanyama untuk menyamakan mata 1-1. Tumbukan Karius yang bertujuan untuk menepis itu menjatuhkan bola ke Wanyama yang sekaligus merembat ke arah gawang Liverpool dengan jaringan yang cantik. Gol yang sekian lama dinantikan.

Minit 85

Segalanya mula berderai untuk Liverpool. Mereka melepaskan bola ke dalam kotak sendiri memberikan ruang untuk Kane merebut bola. Rebutan tersebut yang melibatkan penjaga gol Liverpool bagaimanapun telah menyebabkan kekasaran ke atas Kane.

Juruadil yang tidak alpa dengan keadaan sekeliling memberikan sepakan penalti kepad Spurs lantas bersetuju untuk tidak melayangkan kad merah ke atas Karius selepas berbincang dgn pembantunya. Namun peluang yang diberikan itu tersia-sia apabila Kane memberikan sepakan tujahan terus ke arah Karius. Peluang penalti yang sungguh mengecewakan untuk Spurs.

Minit 90

Salah sekali lagi menjaringkan gol untuk kelab Liverpoolnya! Kembali dihadapan dengan mata 2-1, Liverpool masih lagi dalam keadaan berjaga jaga. Salah yang berjaya menyusup melalui dua pertahan Spurs memberikan rembatan padu kepada Lloris dari sisi yang sempit sebelum Klopp berlari kegembiraan disambut dengan gema stadium yang meraikan.

Minit 95

Kegembiraan Liverpool bagaimanapun tidak berkekalan apabila Harry Kane berjaya menjaringkan gol dari penalti kedua untuk Spurs. Adakah ini satu peluang penebusan untuk Kane bagi kesilapannya pada minit yang lepas? Siapa tahu. Namun gol penyamaan tersebut jelas menundukkan Liverpool pada kedudukan yang sama tinggi dengan Spurs.

Masa Penuh

Keadaan di stadium riuh dengan sorakan Boo dari para penonton apabila wisel penamat telah ditiupkan. Permainan cerdas oleh Spurs pada separuh masa kedua layak menerima pujian walaupun diingatkan bahawasa dua penalti yang telah diberikan pada hari ini tidak mungkin akan diperolehi pada masa akan datang.

Klopp kelihatan berlari mendapatkan pemain pemainnya sebelum memberikan tepukan sarkastik meraikan ‘kejayaan’ Harry Kane. Walaubagaimanapun, perlawanan pada hari ini tidak seperti yang lainnya!

Baca Juga

Baca Juga