Laporte Mempamerkan Aksi Pertahanan Luar Biasa Menakjubkan Ketika Aksi Debutnya Bersama Sepanyol

Aymeric Laporte telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi debutnya bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Beliau yang baru saja menerima kerakyatan Sepanyol telah dipilih untuk sertai skuad kebangsaan ke kejohanan Euro yang akan dilangsungkan minggu hadapan.

Bintang Manchester City itu melakukan penampilan sulungnya bersama La Rojo dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Portugal awal pagi tadi.

Beliau tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri bersama skuad kebangsaan Sepanyol dengan mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan ketika debutnya.

Laporte mempamerkan gaya bertahan yang sungguh hebat dan menunjukkan bagaimana selesanya beliau ketika mengawal bola.

Laporte turut memenangi perebutan bola berdepan Diogo Jota dengan melakukan tackle bersih yang sungguh kemas dan menakjubkan.

Sebaik melakukan tackle yang sangat cantik dan sempurna itu, beliau segera mencari rakan sepasukannya dalam keadaan yang sungguh bertenang.

Beliau begitu tenang hingga berjaya menggelecek melepasi seorang lagi pemain Portugal sebelum membuat hantaran kepada rakan sepasukannya selepas melakukan tackle kemas itu.

Aksi hebat yang beliau pamerkan di peringkat antarabangsa telah mencuri tumpuan peminat yang membahaskan hal tersebut di media sosial.

β€œJika Laporte dapat minit permainan yang mencukupi, dia boleh beraksi jauh lebih bagus berbanding Stones.”

β€œPerancis buat kesilapan yang besar dengan melepaskan pemain sehebat dia. Dia memang terlalu bagus bagi saya.”

β€œPemain hebat macam ni pun diletakkan di bangku simpanan sahaja ketika aksi perlawanan akhir Champions League.”

Laporte berjaya membantu Sepanyol mencatatkan keputusan clean sheet dalam aksi debutnya, dengan menggagalkan serangan yang direncakan oleh Cristiano Ronaldo dan Joao Felix.

Walaupun pemain kelahiran Perancis itu tidak mendapat minit permainan yang mencukupi ketika beraksi bersama skuad Manchester City, namun beliau masih mampu untuk mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan di pentas antarabangsa.

Skuad kendalian Luis Enrique itu akan turun berdepan dengan Lithuania sebelum bermulanya aksi bertemu Sweden dalam saingan Euro pada 14 Jun nanti.

Sepanyol juga akan berdepan dengan Poland dan Slovakia di aksi peringkat kumpulan saingan Euro nanti.

Baca Juga

Baca Juga