Larian Membelah Padang Alisson Becker Meraikan Bantuan Gol Dihasilkan

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker telah meraikan bantuan gol yang dihasilkan dengan satu larian membelah padang dari gawangnya.

Bantuan gol daripada Alisson melalui satu tendangan pantas mencari Mohamed Salah yang tidak dikawal untuk satu serangan balas.

Salah menerima hantara bola tepat daripada Alisson dengan pantasnya melakukan larian laju yang gagal dikejar pemain Manchester United sehingga ke gawang.

David De Gea cuba keluar dan mengacah Salah namun tindakannya itu gagal dan membuka ruang yang lebih buat Salah melakukan penyudah.

Selepas jaringan itu disahkan tanpa perlu dirujuk Video Assistant Referee(VAR), Alisson telah melakukan satu larian membelah padang menuju ke arah Salah.

Pemain Mesir itu meraikan gol itu dengan kad kuning apabila membuka baju dan menayangkan badannnya yang sado lagi berketul-ketul itu.

Mungkin kerana Salah membuka baju, laju Alisson berlari mahu melihat ketegapan badan Salah dengan lebih dekat.

Ketika menghampiri Salah Alisson telah melakukan satu luncuran atau Slide di padang dengan penuh bergaya dan macho dengan jambangan bebulu di muka.

Habis luncuran, Alisson sampai di depan Salah lalu bangun memeluk penjaring gol kedua Liverpool itu.

Dengan bantuan gol dihasilkan ini, Alisson Becker menjadi penjaga gol Liverpool pertama melakukan assist sejak 2010.

Pada Mac 2010 Pepe Reina telah melakukannya untuk gol Fernando Torres ketika menentang Sunderland.

Dalam perlawanan ini Alisson beberapa kali membuat hadangan penting dan menafikan jaringan Manchester United.

Alisson semakin hari semakin menghukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol terbaik dunia diperingkat kelab dan juga peringkat nasional.

Hujung tahun lalu Alisson menempa sejarah apabila menjadi penjaga gol pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Sejak menyertai Liverpool power this is our year yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi ini, Alisson mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi 3 anugerah tangan(Golden Gloves) emas semusim.

1. Premier League 2018/2019
2. UEFA Champions League 2018/2019
3. Copa America 2019

Baca Juga

Baca Juga