Larian Rudiger Menganjing Pemain Jepun Memakan Diri

Larian Antonio Rudiger yang menganjing pemain Jepun, Takuma Asano yang dianggap angkuh dan tidak profesional akhirnya memakan diri sendiri apabila kemenangan mutlak menjadi milik Jepun.

Lebih manis apabila Takuma Asano yang menjadi mangsa keangkuhan pemain pertahanan Real Madrid itu merupakan penjaring gol kemenangan Jepun membuatkan Jerman berputih mata.

Jerman bermula dengan sangat positif dan secara keseluruhannya adalah pasukan lebih baik berbanding Jepun dalam perlawanan ini namun hanya dipisahkan dengan sentuhan penyudah.

Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan meletakkan mereka di hadapan melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Tetapi Jepun mengejutkan pemenang Piala Dunia empat kali pada lewat permainan apabila Ritsu Doan menyamakan kedudukan sebelum Takuma Asano menjaringkan gol kemenangan ketika berbaki tujuh minit.

Sementara itu, Rudiger, secara tidak bijak mempamerkan keangkuhan ketika Jerman di hadapan kerana menggunakan gaya larian yang pelik untuk mengawal bola keluar dari permainan.

Pada mulanya aksi menganjing Rudiger itu dianggap kelakar namun selepas tewas dengan kebangkitan Jepun, aksi itu memakan diri dan Rudiger kelihatan bodoh.

Selepas perlawanan kecaman mula melanda Rudiger yang telah disifatkan sebagai tidak menghormati Takuma Asano dengan perlakuan yang tidak berlandaskan semangat kesukanan.

Rudiger didakwa ‘mengejek’ Asano dengan berlari sambil berlumba-lumba ke arah bola. Rudiger juga dilihat ketawa sejurus selepas kejadian itu.

Bekas pemain Jerman, Dietmar Hamann antara paling lantang mengecema Rudiger dan melabelkan pemain itu sebagai tidak profesional dan angkuh serta tidak menghormati lawan.

Bercakap mengenai tindakan bekas pemain pertahanan Chelsea itu, Hamann berkata:

“Rudiger mengangkat kakinya dan adakah anda tahu. Anda tidak memperkecilkan lawan (seperti itu) kerana ia sentiasa kembali kepada anda pada peringkat tertentu.”

“Saya fikir ia sangat tidak profesional. Saya fikir ia tidak teratur. Sombong. Dia sedang ketawa, hanya ada satu pasukan yang sedang ketawa sekarang.”

“Semangat permainan adalah tentang menghormati pihak lawan, menghormati pihak lawan. Dan dia tidak melakukannya. Saya tidak dapat beri penjelasan atau alasan untuknya.'”

Tony Cascarino dari TalkSPORT dan Jim Proudfoot juga turut kecewa dengankelakuan Rudiger. Mereka berdua mengulas kejadian itu sebaik sahaja ia berlaku.

Cascarino berkata:

“Rudiger di sana mengejek lawannya Asano, itu adalah gaya larian yang pelik tetapi dia ketawa semasa dia berlari.”

Sementara Proudfoot menambah:

“Ia adalah gaya larian aneh yang dia ada. Lengannya seperti watak kartun berlari melalui treacle, tetapi dia lebih laju dan dihadapan apabila berlari seperti biasa.’

Bekas pemain tengah Arsenal, Liam Brady turut berkongsi pendapatnya mengenai insiden itu – berkata Rudiger akan berasa malu apabila dia melihat kembali tindakannya.

Brady berkata:

“Dia akan [Rudiger] malu apabila dia melihatnya sekali lagi dan apabila dia melihat keputusan itu juga.”

“Sebab pemain Jepun dibelakangnya. Seperti yang Didi katakan, Rudiger tidak akan tersenyum sekarang.”

Hamann juga mengkritik pemilihan skuad Hansi Flick. Dia mempersoalkan pengurus Jerman itu kerana mengambil pemain seperti Lukas Klostermann berbanding Matt Hummels.

Hamann berkata:

“Saya tidak mengatakan bahawa seorang pemain boleh membawa perbezaan, tetapi saya fikir hakikat bahawa dia tidak mengambil Hummels.

“Dia mengambil Bella Kotchap dari Southampton, yang merupakan pemain muda yang sangat bagus. Dia mengambil seorang lagi pemain dari Leipzig, Klostermann, yang tidak bermain selama empat bulan.”

“Dan ia tidak masuk akal kepada saya. Saya fikir ia menunjukkan bahawa dia mahukan pasukan yang tenang. Tetapi pasukan yang tenang tidak akan memenangi apa-apa dan saya fikir ia menunjukkan hari ini.”

Bagi Hamann kehadiran Hummels yang merupakan pemain berpengalaman penting kerana mampu memberi bimbingan kepada bahagian pertahanan sebagai mana pengaruh di bawa Gundogan dan juga Muller.

BACA:  Erling Haaland Dinasihatkan Boikot Ballon d'Or Jika Messi Menang Lagi