Larian The Flash Kylian Mbappe Yang Tak Boleh Bawa Bincang

Kylian Mbappe terus mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila membuat satu larian pantas seperti the flash untuk membuat satu serangan balas pantas dan hasinya gol berjaya dijaringkan.

Walaupun larian the flash dari Kylian Mbappe ini tidak boleh bawa bincang tetapi tidak lagi mampu untuk mengundurkan masa seperti The Flash dalam Justice League Snyder Cut.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan dua gol ketiga Paris Saint-Germain menewaskan Lyon 4-2 dan melengkapkan koleksi 100 gol Mbappe di Ligue 1.

Gol pembukaan perlawanan telah dijaringan oleh Kylian Mbappe pada minit ke-15 dengan satu rembatan leret yang melalui celahan kaki penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Danilo Pereira menggandakan kedudukan 17 minit kemudian dengan satu rembatan leret juga tetapi meroket perginya sebelum Angel Di Maria menjadikan kedudukan 3-0.

Gol Angel Di Maria ini terhasil pada awal babak kedua melalui satu sepakan percuma yang sangat mengelirukan dan hanya mampu dilihat saja bola melantun masuk.

Jaringan keempat PSG dari Kylian Mbappe sekali lagi disajikan dengan aksi larian The Flash yang mengejar bola gelembung buaya daripada Marco Veratti.

Ada yang cuba mengejar tetapi itu semua hanya cubaan dan bukti kepada komitmen mereka di padang.

Kelajuan Mbappe telah mewujudkan situasi satu lawan satu dengan Anthony Lopes, mudah bagi Mbappe meletakkan PSG 4 gol didepan kurang sejam permainan berlangsung.

Islam Slimani dan Maxwel Cornet menjaringkan gol pada minit ke-61 dan 82 namun tidak cukup untuk menghalang PSG mendapat tiga mata.

Kemenangan ini meletakkan kembali PSG ke puncak Ligue 1 di depan Lille dengan 63 mata dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol.

Ligue 1 musim ini tidak menjadi liga petani dengan 8 perlawanan berbaki peluang bergelar juara masih terbuka untuk 4 pasukan teratas.

Kylian Mbappe merekodkan 100 gol di Ligue 1 dalam hanya 142 perlawanan dan dalam tempoh sama 35 assist berjaya dicipta.

Selepas liga kembali bersambung, PSG akan melayan kunjungan Lille di Parc des Princes dan ini peluang terbaik PSG untuk menjarakkan mata.

Saksikanlah highlight penuh 6 gol yang terhasil dalam perlawanan ini.

BACA:  Reaksi Mbappe Ketika Tom Holland Mengajak Beliau Sertai Spurs Sungguh Priceless