Latihan Tandukan Tidak Dibenarkan Lagi Oleh FA England

FA England, Scotland dan Ireland Utara melarang kanak kanak Sekolah Rendah daripada menanduk bola ketika latihan bola sepak.

Langkah ini diambil bagi tujuan mengelak kemungkinan timbul masalah demensia ketika mereka di alam dewasa kelak. Apa itu demensia?

Demensia adalah gangguan kronik atau proses mental berterusan yang disebabkan oleh penyakit otak atau kecederaan dan ditandai dengan gangguan ingatan, perubahan personaliti, dan daya pemikiran yang merosot.

Dunia sukan bola sepak digemparkan apabila satu laporan pada Oktober lalu mengaitkan gejala dementia dalam kalangan bekas pemain bola sepak profesional sebagai faktor yang menjejas kesihatan hingga membawa maut.

Keputusan itu dibuat selepas kajian menunjukkan para pemain bola sepak ada tiga kali ganda lebih terdedah kepada risiko menghidap demensia berpunca dari aksi tandukan.

Menurut seorang pakar kecederaan otak, perlakuan menanduk bola perlu dilarang dalam perlawanan bola sepak profesional apatah lagi kepada mereka yang berusia 18 tahun.

Hasil kajian dari Dr Bennet Omalu, seorang Doktor yang menemui penyakit otak Chronic Traumatic Encephalopathy (CTE) menyifatkan ia mempunyai kesan jangka panjang disebabkan oleh trauma kepala yang berulang.

“Saya percaya, akhirnya kita perlu menghalang perbuatan menanduk bola di peringkat profesional. Ia berbahaya!.”

“Ia tidak masuk akal untuk seseorang itu mengawal objek yang bergerak pada kelajuan tinggi menggunakan kepala. Jelas itu sangat berbahaya.”

Kata beliau kepada BBC Radio 5.

Rentetan dari hal berkenaan, Persatuan Bola Sepak di England, Scotland dan Ireland Utara telah memperkenalkan garis panduan baharu mengenai larangan menjalankan latihan tandukan bola untuk kanak-kanak dan remaja.

Garis panduan baharu itu adalah panduan pembelajaran menanduk bagi peringkat kumpulan umur bawah enam tahun dan bawah 18 tahun.

Dalam program pembanggunan bola sepak baharu ini juga, menetapkan bahawa latihan asas tandukan bola untuk kanak-kanak sekolah rendah tidak akan dibenarkan lagi. Manakala latihan tandukan untuk kategori umur dibawah 12 hingga 16 tahun akan diberikan secara berperingkat.

Untuk kategori umur 16 tahun dan 17 tahun pula mereka hanya dibenarkan menyertai satu sesi latihan tandukan saja dalam seminggu.

FA berkata:

“Hari ini kami telah mengeluarkan panduan baru untuk tandukan bola dalam latihan bola sepak pemain akar umbi bagi kegunaan jurulatih, guru dan ibu bapa.”

“Les Howie, ketua kejurulatihan akar umbi, menerangkan bagaimana garis panduan ini akan berfungsi.”

Dalam satu kenyataan mengenai peraturan baru itu, Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham berkata:

“Panduan bimbingan terkini yang dinyatakan adalah evolusi garis panduan kami untuk sekarang ini.”

“Dan ia juga akan membantu jurulatih dan guru untuk mengurangkan dan menyingkirkan aktiviti menanduk bola yang berulang dan tidak perlu daripada bola sepak akar umbi.”

“Penyelidikan kami telah menyatakan bahawa tandukan jarang digunakan dalam pertandingan bola sepak akar umbi.”

“Jadi garis panduan ini adalah satu perkembangan yang bertanggungjawab ke arah membimbing bola sepak akar umbi kita tanpa memberi kesan kepada keseronokan kanak-kanak bermain bola sepak dari semua peringkat umur.”

Bekas pemain antarabangsa England Jeff Astle meninggal akibat ensefalopati traumatik kronik pada tahun 2002. Dan laporan perubatan menyatakan masalah itu disebabkan oleh impak daripada bola sepak dalam kerjayanya.

Daughter Dawn, yang berkempen untuk mengharamkan tandukan dalam permainan bola sepak, gembira dengan berita itu.

“Kita mesti mengambil langkah awal untuk mengelak dari mendedahkan otak anak-anak kepada risiko trauma,”

“Ini satu fakta sekarang, kita tidak sekadar membuat andaian bahawa ada pemain lain yang meninggal dunia kerana penyakit yang sama.”

katanya kepada Sky News.

Antara pemain yang dikatakan maut akibat dari penyakit-penyakit ini adalah. Jeff Astle seorang bekas pemain England dan West Bromwich Albion yang didakwa meninggal dunia kerana trauma otak kesan daripada menanduk bola berat yang diperbuat daripada kulit.

Selain Jeff Astle, terdapat beberapa bekas pemain lagi yang maut akibat didiagnos mengalami penyakit demensia dan CTE, antaranya bekas pemain sayap Portsmouth, Gillingham, bekas pemain Bournemouth, Rod Taylor.

Bekas pemain England yang memenangi piala dunia 1966 Nobby Stiles, Martin Peters dan Ray Wilson serta lagenda Liverpool  Ron Yeats turut maut akibat penyakit yang sama.

“Dan dengan larangan kepada tandukan dalam latihan untuk pelajar sekolah rendah adalah cara yang benar-benar masuk akal. Ini untuk membuat sukan yang kita semua suka selamat untuk mereka yang terlibat. “

Tandukan adalah dibenarkan ketika perlawanan tetapi pemain di bawah 12 tahun akan diberikan cara latihan yang sistematik untuk melakukannya dengan betul.

Meskipun tiada sebarang bukti yang mengaitkan secara langsung tandukan boleh menyebabkan penyakit berkaitan kegagalan fungsi otak, garis panduan menanduk bola yang sudah dikemas kini itu diterbitkan  hasil rundingan dengan badan pentadbir bola sepak England (FA) dan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Jadi keputusan FA adalah masih membenarkan tandukan di dalam perlawanan tetapi untuk kategori kanak-kanak, mereka akan diajar cara yang betul untuk menanduk supaya lebih selamat.

Baca Juga

Baca Juga