Lawak Menganjing Indonesia Tahap Dewa Dari Kumpulan Zero

Juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero telah membawa cerita kemenangan penuh bergaya Malaysia ke atas seteru ketat sepanjang zaman sebagai bahan jenaka mereka dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 minggu ke-4.

Kumpulan yang dianggotai oleh 3 adik beradik Syaiful, Atu dan Sharif membawa watak sebagai pendukung Timnas Indonesia telah melemparkan tumbuk garis (punchline) rentetan peristiwa yang terjadi ketika perlawanan.

Penyanyi dangdut tersohor Indonesia yang menjadi juri pertandingan juga menjadi usikan kumpulan yang terkenal dengan tagline ‘pantang mundur kecuali operasi’.

“Keren juga kalau Inul main bola, Inul gelecek depan sumareh..berdarah idung sumareh..”

Lawak menganjing teruk daripada kumpulan Zero ini antaranya melibatkan lemparan botol dan kencing dalam botol.

“Buang aja disini, jangan dilempar semua orang.”

“Sudah gol masih dilemparin lagi.”

Mereka juga bersorak ketika Safawi Rasid menjaringkan gol lalu dimarahi rakan lalu memberi satu sebab yang kelakar.

“Ku tunggu Indonesianya score ngak kapan bila..”

“Main di halaman sendiri kalah main di halaman orang lagi kalah. Kan?”

Korang tengok la sendiri.

Najib Ali kelihatan bermuka ketat ketika persembahan Zero namun juri yang memberi komentar untuk persembahan Zero adalah Lisa Surihani yang nyata suka dengan persembahan Zero.

Maka Lisa Surihani berikan 4HA untuk Zero.

Biodata Kumpulan Zero

Nama Panggung: Syaiful
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Tarikh Lahir :16 Disember 1988
Umur :31 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Nama Panggung: Sharif
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Tarikh Lahir :31 Januari 1990
Umur :29 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Nama Panggung: Atu
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Tarikh Lahir : 20 April 1992
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Baca Juga

Baca Juga