Lee Chong Wei Bakal Hilang Gelaran Nombor 1 Dunia

Lee Chong Wei dijangka bakal kehilangan gelaran nombor 1 dunia ekoran keputusannya menarik diri menyertai Terbuka Hong Kong pada 22 hingga 27 November ini.

Lee Chonge Wei yang turut menarik diri daripada Terbuka China minggu ini terpaksa menarik diri kerana kecederaan hamstring dialaminya masih belum pulih sepenuhnya.

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan ketika dihubungi Berita Harian berkata :

“Chong Wei terpaksa menarik diri daripada Terbuka Hong Kong juga kerana dia belum pulih sepenuhnya. Tidak guna dia beraksi jika tidak boleh mencapai tahap prestasi maksimum.

“Mungkin kedudukan ranking dunianya bakal jatuh tetapi itu bukan keutamaan lagi kerana yang penting adalah persiapan beliau ke Kejohanan Dunia (di Glasgow, Scotland) tahun depan.

Keputusan Chong Wei itu juga bakal menyaksikan beliau tidak layak beraksi pada saingan Siri Super Akhir Dunia di Dubai bulan hadapan di mana hanya lapan pemain terbaik layak beraksi.Chong Wei kini menghuni ranking nombor lima Siri Super.

“Jika tidak layak pun tidak menjadi masalah. Seperti yang saya katakan, Kejohanan Dunia tahun depan lebih penting.

“Kami akan duduk berbincang bagi membuat perancangan awal untuk persiapan Chong Wei ke Kejohanan Dunia.” kata Hendrawan.

Ada benar kata Hendrawan, ini baru betul-betul ranking tidak penting. Chong Wei harus memilih kejohanan yang lebih penting di kala usia yang meningkat.

Baca Juga

Baca Juga