Lee Chong Wei Disahkan Mengidap Kanser Hidung Peringkat Awal

Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei telah disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal dan kini menerima rawatan di Taiwan selepas tahap kesihatan Lee Chong Wei menjadi tanda tanya sejak Julai lalu.

Pengkhabaran yang menyedihkan dan mengejutkan rakyat Malaysia ini telah disahkan oleh laman Instagram rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan media melalui Dato Sri Norza Zakaria yang merupakan Presiden BAM.

“Sebagai makluma balas kepada laporan mengenai Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan bahawa pemain tersebut telah didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal.”

“Chong Wei Sekarang berada di Taiwan untuk rawatan dan beliau kini memberi respon yang baik terhadap rawatan yang diterima.”

Berita ini juga telah disahkan sendiri oleh admin laman Instagram Lee Chong Wei dan meminta kepada semua untuk memberi ruang peribadi kepada Lee Chong Wei dan keluar untuk berehat sambil meminta semua mendoakan supaya Lee Chong Wei sihat kembali.

Tahap kesihatan Lee Chong Wei menjadi tanda tanya sejak Julai lalu apabila BAM mengumukan bahawa pemain 35 tahun itu menarik diri dari Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 Palembang/Jakarta.

Baca Juga

Baca Juga