Legenda Arsenal Anggap Amrabat Lebih Bagus Daripada Declan Rice

Pundit terkemuka, Paul Merson menyatakan kekagumannya ke atas Sofyan Amrabat dan berpendapat bahawa Man United akan mendapat pemain yang hebat jika berjaya mendapatkannya.

Amrabat terus setia menanti tawaran Manchester United secara rasmi untuknya. Dengan dia sudah memberitahu kelabnya Fiorentina dia mahu berpindah hanya ke Manchester United.

Man United berdepan dengan isu FFP untuk mendapatkan Amrabat. Walaupun penyokong mereka tidak begitu menerima alasan tersebut.

Mereka mendesak Manchester United mempercepatkan lagi proses untuk mendapatkan Amrabat agar tidak melepas.

Amrabat diletakkan harga permulaan sekitar £20 juta sebagai harga pembukaan. Namun malangnya United masih gagal untuk memterai perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah kebangsaan Maghribi.

Legenda Arsenal, Paul Merson merupakan peminat tegar Amrabat. Dan dia menegaskan bahawa pemain itu akan menjadi nadi kekuatan yang akan menyatukan pasukan Man United di atas padang dengan gaya permainannya yang dinamik bersama sama dengan pemain seperti Casemiro.

Paul Merson yang kini menjadi pundit terkemuka bertegas berkata: “Amrabat pemain yang bagus. Rasanya dia lebih bagus daripada Declan Rice pada aksi final Piala Persidangan Eropah.”

“Saya adalah peminat tegar mamat ni. Saya terkejut tiada kelab lain yang dapat mendapatkannya setakat ini. Dia akan mejadi menyatukan segalanya di Man United.”

Paul Merson jelas menganggap Amrabat benar benar berbaloi untuk dibeli oleh Man United. Memandangkan Arsenal sanggup membayar £115 juta untuk pemain tersebut.

Rice menyertai Arsenal pada jendela perpindahan kali ini sebagai rekod perpindahan kelab Inggeris sebelum dipecahkan Moises Caicedo ke Chelsea beberapa minggu kemudian.

Kehadiran Declan Rice benar benar berjaya membantu untuk menstabilkan Arsenal di bahagian tengah pasukan itu.

Manchester United kini dalam proses untuk mendapatkan Amrabat secara rasmi sebelum jendela perpindahan ditutup.

United sudah membeli Mason Mount di bahagian tengah. Namun masih belum cukup untuk kestabilan pasukan itu secara keseluruhannya.

Amrabat memiliki gaya permainan yang lasak dan boleh bertahan dengan baik. Dia seorang pemain yang sangat bertenaga.

Man United sedang berbincang untuk meminjam Amrabat dahulu dengan klausa pembelian tetap.

Sofyan Amrabat menjadi keutamaan Man United pada ketika ini untuk dibawa masuk bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan Red Devils.

Dalam perkembangan lain Erik Ten Hag turut berminat mendapatkan Marc Cucurella sebagai mengisi posisi bek kiri. Ini selepas kecederaan melanda Luke Shaw.

Pemain bek kiri seorang lagi, Tyrell Malacia turut mengalami kecederaan.

Baca Juga

Baca Juga