Legenda Bola Sepak Kelantan, Hashim Mustapha Meninggal Dunia

hashim meninggal

Berita duka dan sedih buat bola sepak Malaysia, legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha telah meninggal dunia dan berita ini disahkan oleh menantunya, Mohd Nizad Ayub.

Hashim Mustapha berusia 57 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 10.25 malam.

Menurut Mohd Nizad Ayub yang juga merupakan pemain bola sepak urusan pengkebumian akan dilakukan pada hari rabu.

Sebelum ini bekas pemain Kelantan dan skuad kebangsaan Harimau Malaya era 1990 an itu dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan jantung yang semakin tidak stabil akibat masalah komplikasi kecing manis.

Mohd Hashim Mustapha dilahirkan pada 31 Januari 1966 di Kota Bharu, Kelantan merupakan bekas penyerang pasukan bola sepak Kelantan FA, Kedah FA, Johor FA, Kelantan JKR FC, Kelantan TNB FC, dan juga bekas pemain kebangsaan Malaysia.

Perjalanan karier bola sepak Hashim Mustapha bermula dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada tahun 1983 dan Hashim dipanggil untuk mewakili negeri Kelantan.

Hashim Mustapha kemudiannya berehat setahun bagi memberi tumpuan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Piala Emas Raja-Raja merupakan kejohanan yang mencungkil pada pemain muda dan selepas tamat persekolahan, pada tahun 1984 di usia 18 tahum Hashim Mustapha menyertai pasukan utama Kelantan.

Di usia remaja dengan bakat bola sepaknya, Hashim Mustapha saban minggu menjadi pilihan M. Chandran yang merupakan jurulatih Kelantan ketika itu untuk menjadi pemain utama.

Hashim Mustapha merupakan seorang penyerang prolifik dan meraih kasut emas pertamanya bersama Kelantan di Divisyen 2 selepas menjaringkan 15 gol sepanjang tahun 1990 dan membawa Kelantan ke divisyen 1.

Sentuhan penyudah Hashim Mustapha terus tajam apabila menjadi penjaring terbanyak liga Malaysia pada tahun 1993 dan kasut emas ini diraih dengan penuh bergaya.

Pada ketika itu senarai penjaring kasut emas di pegang oleh pemain Pahang, Jose Iriarte dengan 12 gol berkelebihan 2 jaringan.

Namun Hashim Mustapha memotong untuk menjadi pemenang kasut emas 1993 dengan jaringan hatrik menentang Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir liga.

Gelaran pemenang kasut emas berjaya dikekalkan oleh Hashim Mustapha untuk tahun berikutnya tahun 1994 dengan menjaringkan 29 gol sepanjang musim.

Jumlah 29 gol itu telah dihasilkan dalam 30 perlawanan di mana Hashim Mustapah bermain setiap minit dari kesebelasan utama tanpa digantikan.

Pada tahun 1996, Hashim Mustapah telah mengubah angin dan berpindah ke pasukan Kedah Darul Aman dan telah meraih trofi pertamanya apabila muncul juara Piala FA.

Selepas dua musim Hashim Mustapha kembali ke Kelantan pada 1998 sebelum berhijrah pada 1999 ke Johor dan memenangi Liga Divisyen 2.

Pada tahun 2000 Hashim Mustapha menyertai pasukan Kelantan JKR dan berhijrah ke Kelantan TNB pada pertengahan musim.

Ketajaman dan kehebatan Hashim Mustapha sebagai penyerang tidak disangkal lagi apabila mengetepikan penyerang import hebat seperti Scott Ollerenshaw, Jose Iriarte, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban untuk meraih kasut emas.

Pada ketika itu juga pemain pertahanan import kental juga ada seperti Olobumni Adigun, Darren Stewart dan Alan Davidson serta pemain tempatan, Ahmad Yusof namun mereka gagal menyekat Hashim.

Bersama skuad kebangsaan Hashim Mustapha merupakan pemain skuad sukan SEA 1987 yang berlangsung di Jakarta dan berjaya membawa pulang pingat perak.

Hashim Mustapha menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan terbang ketika menentang Thailand di separuh akhir dan Dollah Salleh menggandakan kedudukan.

Sayang Malaysia tewas kepada Indonesia di final dalam perebutan pingat emas.

Karier Bola Sepak Hashim Mustapha:

Kedah – 1996 hingga 1997
Kelantan – 1998
Johor – 1999
Kelantan JKR – 2000
Kelantan TNB – 2001
Malaysia – 1984 hingga 1996

Hashim Mustapha turut mendedahkan bahawa beliau memakai jersi bernombor 10 bukanlah kerana dia seorang pemain yang hebat tetapi tiada pemain yang berani memakai nombor 10 termasuklah pemain senior.

Nombor 10 Kelantan sebelum itu telah dipakai oleh pemain legenda, Dali Omar.

Selepas bersara sebagai pemain bola sepak, Hashim Mustapha memulakan karier jurulatih bersama pasukan Kelantan bawah 21 tahun atau skuad presiden pada 2008.

Hashim Mustapha kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pembantu jurulatih Kelantan di zaman keemasan Kelantan yang dijenamakan sebagai The Red Warrior dari tahun 2010 sehingga 2015.

Kemudiah Hashim Mustapha telah mengendalikan pasukan MOF pada 2015 dan kembali menjadi jurulatih skuad preside Kelantan pada 2016.

Hashim Mustapha menjadi ketua jurulatih pasukan D’AR Wanderers selama dua musim dan pasukan terakhirnya adalah Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Baca Juga

Baca Juga