Legenda Liverpool Menganjing Man Utd Kerana Ditolak Eriksen

Ekoran laporan yang menyatakan bahawa Christian Eriksen menolak untuk menyertai Manchester United, bekas bintang Liverpool, Jose Enrique tampil menganjing skuad setan merah itu di media sosial.

Legenda Liverpool itu menganjing Manchester United selepas Eriksen secara terang-terangan menolak untuk ke Old Trafford.

The Guardian melaporkan yang Eriksen telah menolak kesempatan untuk melengkapkan perpindahan menyertai Manchester United dengan bintang Denmark itu lebih memilih untuk kekal bersama Brentford atau sertai Tottenham Hotspur.

Eriksen kini boleh ditandatangani secara percuma selepas kontrak jangka masa pendek beliau bersama Brentford tamat pada penghujung musim 2021/22 yang lalu.

Dengan usianya baru 30 tahun pada tahun ini, sepertinya tiada masalah untuk Eriksen masih bermain dalam liga yang kompetetif seperti Premier League.

Eriksen berpotensi untuk melengkapkan perpindahan semula beliau menyertai Tottenham Hotspur, dengan beliau sebelum ini turut pernah beraksi di bawah kendalian Antonio Conte di Milan.

Bintang Denmark itu turut dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Christian Eriksen menolak untuk beraksi bersama Manchester United dan hal itu menyebabkan Enrique tampil untuk menganjing musuh utama bekas kelabnya itu.

Enrique memuat naik status menganjing Manchester United dengan beliau seolah-olah menari di atas tangisan skuad setan merah itu pada ketika ini.

Beliau memuat naik status di laman twitter miliknya yang mempunyai 228, 800 pengikut itu dengan menyatakan:

“Christian Eriksen telah menolak tawaran Manchester United dan lebih memilih untuk kekal bersama Brentford atau sertai Tottenham Hotspur.”

“Seorang lagi pemain menolak perpindahan menyertai Manchester United musim panas ini… Ata legooooooooo.”

Ini bukanlah kali pertama Enrique tampil menganjing pasukan seteru di laman media sosial miliknya.

Selepas kejayaan Liverpool menjulang gelaran FA Cup, Enrique tampil menganjing penyokong Everton dengan memuat naik gambar Trent Alexander Arnold mencium Piala dengan menulis:

“Sejak kali terakhir Everton memenangi Piala, Trent Alexander Arnold baru dilahirkan, membesar, masuk ke skuad muda, tandatangani kontrak bersama Liverpool dan menang semua yang boleh dimenangi.”

Enrique turut mencetuskan kontroversi ketika beliau memuat naik status yang menyatakan bahawa pemain back kiri Man Utd, Luke Shaw overweight.

“Adakah cuma saya yang nampak atau Luke Shaw memang nampak overweight?”

Tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat para penyokong Manchester United tidak gembira sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh legenda Liverpool itu.

Bekas bintang Sepanyol itu telah membuat 99 penampilan bersama skuad Liverpool sepanjang lima tahun kariernya di Anfield.

Beliau turut berjaya membantu Liverpool memenangi League Cup pada tahun 2012 yang lalu di bawah kendalian legenda kelab, Sir Kenny Dalglish.

Ia masih tidak jelas ke mana sebenarnya arah tuju destinasi Eriksen selepas ini, sama ada beliau akan kekal bersama Brentford, atau mungkin akan sertai Tottenham Hotspur.

Manchester United sementara itu masih belum menandatangani walau seorang pun pemain pada jendela perpindahan musim panas ini dan hal itu membuatkan para penyokong mereka kecut perut.

Cristiano Ronaldo sendiri dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab kerana kecewa melihat bagaimana United menguruskan jendela perpindahan mereka.

Manchester United sepertinya terlalu membuang masa untuk mengejar Frenkie de Jong, namun malangnya usaha mereka untuk mendapatkan bintang Belanda itu masih tak menampakkan hasil.

Kerana terlalu beri tumpuan kepada De Jong juga, Man Utd sepertinya langsung tidak memperdulikan pemain lain dan kerana itulah jendela perpindahan musim panas mereka agak sepi pada musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man Utd Semakin Hampir Pasti Bakal Mendapatkan Pemain Sayap Bernilai £40 Juta