Legenda Liverpool Percaya Naby Keita Pemain Lebih Lengkap Berbanding N’Golo Kante

Bekas penjaga gol Liverpool pada era 80-an, Bruce Grobbelaar percaya Naby Keita merupakan pemain tengah yang lebih lengkap berbanding pemain Chelsea, N’Golo Kante.

Grobbelaar turut mendakwa Keita satu-satunya pemain yang berhak memakai jersi No.8 yang ditinggalkan oleh Steven Gerrard di Liverpool.

Pemain paling layak memakai jersi ikonik No.8 menurut seorang legenda Liverpool yang pernah merasai nikmat memenangi liga

Ikon Liverpool ini percaya ketibaan Keita di Anfield bakal menghadirkan lebih banyak kejayaan kepada kelab ini. Grobbelaar juga memuji skill dan kebolehan teknikal yang dimiliki Keita dan disebabkan perkara tersebut, Keita dianggap pemain paling layak untuk memakai jersi No.8 yang sangat ikonik di Liverpool.

Siapa sangka seorang pemain yang beraksi Liga Divisyen 2 Perancis 4 tahun lepas kini bernilai £48 juta dan bermain di Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool. Keita diberikan tanggungjawab untuk memakai jersi No. 8 di Anfield dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Steven Gerrard dalam skuad The Reds.

“Saya percaya hanya Naby Keita seorang sahaja pemain yang layak memakai jersi No.8 selepas Steven Gerrard. Saya rasa Keita merupakan pemain yang sempurna untuk posisi tersebut.”

“Steven Gerrard akan sentiasa dikenang sebagai pemain yang memberikan servis yang hebat kepada kelab ini, selain menjadi duta buat Liverpool.”

Bruce Grobbelaar, penjaga gol Liverpool pada era 80-an dan awal 90-an. Better than Karius ?

“Dan saya hanya akan berikan tanggungjawab memakai jersi No.8 kepada Keita seorang sahaja untuk menghasilkan impak seperti Gerrard pernah lakukan suatu ketika dahulu.”

“Keita merupakan pemain yang mempesonakan dan saya telah melihat petanda beliau akan memberikan impak yang besar kepada Liverpool musim ini dan tahun-tahun yang mendatang.”

“Jurgen Klopp bertindak bijak dalam mengenal pasti kebolehan yang dimiliki Keita dan potensi yang ada pada pemain tersebut.”

“Saya sangat yakin Keita akan berkembang dan menyesuaikan diri dengan mudah dalam skuad ini. Saya telah melihat persembahan beliau dalam pra-musim dan aksi Keita sangat cemerlang.”

“Saya menyamakan beliau dengan pemain Chelsea, N’Golo Kante yang juga merupakan pemain yang hebat. Tetapi dengan Kante, anda dapat apa yang anda lihat. Kante akan memburu pemain lawan sehingga beliau memperolehi bola.”

“Keita pula, dia akan memburu pemain lawan, memenangi bola dan selepas itu, Keita akan melakukan dua perkara sama ada masuk ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol atau menghasilkan passing seperti Philipe Coutinho pernah lakukan pada masa lepas.”

Juara dunia bersama Perancis. Keita ada ?

“Tidak boleh dipersoalkan Keita merupakan pakej yang lengkap dan pemain paling sesuai untuk memakai jersi No.8 selepas Steven Gerrard.”

“Apabila Coutinho meninggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona, saya agak risau pada mulanya tetapi selepas kami berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, tiada lagi obsesi mengenai Coutinho.”

“Saya lihat pada statistik. Apabila Coutinho berada dalam pasukan, kami tidak memenangi perlawanan sebanyak ketika beliau tiada dalam pasukan. Jadi lu pikir la sendiri.”

BACA:  Video Pemain Liverpool Meraikan Kejuaraan Premier League