Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang juga merupakan pengulas terkemuka negara, Serbegeth ‘Shebby’ Singh dilaporkan telah meninggal dunia.
Mendiang Serbegeth atau yang lebih dikenali sebagai Shebby oleh para peminat tempatan itu dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami masalah sesak nafas dan masalah berkait jantung.
Mendiang Serbegeth atau juga dikenali sebagai Shebby, yang berusia 61 tahun difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal di sekitar Sunway City, Iskandar Puteri.
Very sad news. Grew up watching Shebby Singh as a pre-match and half-time commentator during EPL games. He was also on the popular weekly show Football Focus. Ppl still talk abt his outlandish suggestion that Stevie G's best position was at rightback. https://t.co/NW05u5zoNx
— Bhavan Jaipragas பவன் (@jbhavan) January 12, 2022
Ia jelas sekali merupakan berita duka untuk dunia bola sepak negara kerana kehilangan individu yang paling banyak berjasa dalam dunia bola sepak.
Karier mendiang sebagai pemain
Mendiang Shebby Singh memulakan kariernya bersama skuad Johor FA dari tahun 1978 sehingga 1983 sebelum memutuskan untuk menyertai skuad Kuala Lumpur FA.
Dari 1984 sehingga 1990 mendiang menabur bakti beraksi bersama Kuala Lumpur sebelum dua tahun meninggalkan kelab untuk beraksi bersama Pahang FA.
1993 beliau kembali sertai Kuala Lumpur selepas dua tahun beraksi bersama Pahang dan pada tahun 1994 mendiang memutuskan untuk menyertai Negeri Sembilan FA.
Your “Yes John” will be missed. Rest in Peace Shebby Singh 🌹 #ShebbySingh https://t.co/giniT9jxKx
— Chrystian T.H.Teh 郑定峰 🇲🇾⚖️ (@ChrystianTeh) January 12, 2022
Selepas setahun bersama Negeri Sembilan, mendiang memilih untuk menyertai Perak sebelum bersara pada tahun 1996.
Mendiang turut pernah menjadi pengurus sementara Melaka TMFC pada tahun 2007.
Jasa dan sumbangan mendiang terlalu banyak dengan beliau turut pernah bertugas sebagai penasihat global bersama Blackburn Rovers pada tahun 2012.
Nadi penting dalam tertubuhnya MyTeam
Pada tahun 2006, mendiang Singh telah menubuhkan sebuah pasukan yang dipanggil ‘MyTeam’ yang mana ia merupakan salah satu program dalam realiti TV negara.
RIP Shebby
JUST IN – Former Malaysian National Fiotballer Serbeget "Shebby" Singh has die at age 61 is belived to have suffered a heart attack while cycling
he also a former @Rovers Global Advisor at the club 2012/13 season.
Farewell Legend! #rover #jdt #malaysia pic.twitter.com/W963378t7T
— Ariff Ahmad (@ariffmfcsg) January 12, 2022
MyTeam merupakan program yang mana mereka mencari bakat-bakat hebat di seluruh negara dan membentuk mereka menjadi sebuah pasukan dan kemudian skuad yang sama turun beraksi bertemu skuad kebangsaan Malaysia pada ketika itu.
MyTeam jelas sekali antara program yang berjaya melahirkan begitu ramai pemain-pemain berbakat yang kemudiannya menjadi pemain utama negara.
Mendiang merupakan pengulas terkenal Asia
Bukan hanya di Malaysia, mendiang juga berjaya mencipta nama di pentas Asia sebagai antara pundit paling berjaya.
Kritikan yang beliau lontarkan sentiasa dalam bentuk nasihat dan beliau juga tidak memberi kritikan tanpa mencadangkan apa-apa jalan penyelesaian.
A talented footballer, coach and broadcaster.
Today, we lost one of Malaysia’s greatest treasure who had devoted his entire to our football industry.
You will be missed.
Rest in peace Shebby Singh.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 12, 2022
Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan mendiang juga akan kekal dianggap sebagai legenda terhebat sepanjang zaman di hati para peminat.
Sumber: Wikipedia