Legenda UFC Cabar Jake Paul Bertarung Dengan Habuan $30 Juta

Legenda UFC cabar Jake Paul bertarung dengan menawarkan habuan $25 juta (Winner take all fight) selepas tamat aksi perlawanan beliau bertemu Evander Holyfield.

Bekas Juara dunia UFC yang kini berusia 44 tahun itu berjaya menewaskan legenda tinju, Holyfield 58 tahun dalam satu pusingan di Florida.

The Phenom tidak menunggu lama untuk mencabar lawan beliau yang seterusnya dengan beliau memanggil ‘The Problem Child’ untuk bertarung dengannya.

Beliau menawarkan $25 juta dalam perlawanan siapa menang dia dapat semua.

Bercakap selepas kejayaan beliau menewaskan Holyfield, beliau menyatakan bahawa:

“Kita dapat $25 juta, siapa menang dia ambil semua.”

“Mari lah! Hey Jake Paul, berhenti berlari dari saya, saya akan beri awk pelajaran! Kamu boleh jadi anak saya, kamu akan jumpa ayah kamu di sini.”

“Berhenti berlari! Dasar kamu anak haram!”

Pengacara Triller, Ryan Kavanaugh, kemudiannya mahu menambah tawaran dari $25 juta menjadi $30 juta.

“$30 juta, menang ambil semua. Jika Jake kata tidak, kita tahu kenapa”.

Jelas Kavanaugh.

Paul sebenarnya sudah tidak asing dengan jenama Triller, dengan beliau pernah dua kali bertarung di bawah jenama tersebut.

Beliau pernah bertarung dengan Nate Robinson ketika acara kepulangan Mike Tyson di Triller.

Beliau kemudian bertarung atas persembahan beliau sendiri bertemu bekas pencabar UFC, Ben Askren.

Petinju kontroversi yang kini berusia 24 tahun itu mempunyai kontrak bersama Showtime, yang mana beliau baru-baru ini telah menewaskan Tyron Woodley.

Paul telah menolak tawaran untuk bertarung semula dengan Tyron Woodley kerana beliau menganggap lawannya itu tak jantan.

Kedua-dua mereka berjanji sebelum perlawanan yang mana siapa kalah akan mencacah tattoo pilihan pemenang.

Woodley bagaimanapun menolak untuk mencacah tattoo nama Paul dan kerana itulah Youtuber sensasi itu menolak untuk bertarung semula dengannya.

Memandangkan Paul juga sedang mencari lawan, maka tidak hairanlah andai beliau bersetuju untuk menerima tawaran dari Belfort selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tyson Fury Sahut Cabaran Francis Ngannou