Leicester 1-2 Manchester United : 5 Perkara Dipelajari

Manchester United sekali lagi berjaya merangkul Perisai Masyarakat, setelah menewaskan Leicester City, hasil jaringan minit ke 83 dari Dewa Manchester, Zlatan Ibrahimovic, sekaligus memberikan senyuman manis di wajah Jose Mourinho.

zlatan
Memang sah dia ni dewa. Selamba je terbang | Gambar : Mirror Football

Pada musim lepas, Jose terlepas Perisai Masyarakat ini setelah tewas di tangan Arsenal, dan mungkin terlalu sedih dek tewas di tangan Arsene Wenger, Chelsea lesu sepanjang musim dan menyebabkan Jose dipecat dari ketua jurulatih Chelsea.

Namun malam tadi berbeza skripnya. Jaringan cantik Jesse Lingard meletakkan The Red Devil di hadapan, sebelum disamakan kedudukan oleh Jamie Vardy, hasil sedekah Marouanne Fellaini.

Apapun, berikut adalah 5 perkara yang boleh kita ambil iktibar atau ibrah dari perlawanan Perisai Masyarakat malam tadi.

Manchester United di bawah Mourinho

mou
Faktor Mourinho? | Gambar : Mirrorfootball

Sepanjang dua musim di bawah Louis Van Gaal, passing pattern United adalah sama ada ke tepi, atau ke belakang. Tetapi dalam perlawanan malam tadi, corak permainan United dilihat lebih ke hadapan, dan bertumpu untuk merobek gawang lawan. Mereka juga bermain dengan lebih cepat, berbanding bermain ibarat pejalan kaki di lintasan zebra pada zaman Van Gaal dulu.

Jika pemain United berjaya menjaga hantaran dan bola dengan lebih baik, kita mungkin menyaksikan lebih banyak percubaan tepat ke arah Kasper Schmeichel.

Ya Rooney. Memang tuju kat awak pun.

Vardy masih berbisa seperti dulu

Tonggak Leicester | Gambar : MirrorFootball
Tonggak Leicester | Gambar : MirrorFootball

Kalau main Football Manager, arahan diberikan kepada Vardy adalah,”Pick where you left off!” – Sambung balik apa yang kau buat!

Walaupun gol dijaringkannya adalah hasil derma dan ihsan Fellaini, secara keseluruhannya Vardy sentiasa menjadi ancaman kepada barisan pertahanan Manchester United. Mujurlah pemain baru United, Eric Bailly mempunyai kepantasan dan kekuatan seekor kuda Afrika dan dia mampu untuk membuat bentesan-bentesan penting terhadap Vardy.

Kalau nak harapkan Smalling atau Blind atau Jones, mungkin banyak gol Vardy semalam.

Musim depan mungkin Vardy pula yang akan memakai jersi nombor 9 United. Siapa tahu.

Skuad Leicester City

drinkwater
Drinkwater ditinggalkan keseorangan oleh Kante | Gambar : MirrorFootball

Kalau tengok kesebelasan utama The Foxes, semuanya pemain lama. Ahmed Musa, Hernandez dan Mandy – antara pemain baru, hanya bermula barisan simpanan. Tugas N’Golo Kante digalas Andy King, dan masih boleh dikategorikan sebagai berjaya. Tetapi kalau Ranieri masih nak guna taktikal musim lepas, mungkin Leicester akan menjadi pasukan belasahan tahun ni.

Ahmed Musa sempat bermain, dan kalau dilihat dari segi kelajuannya, Musa memang sesuai dengan cara permainan Leicester tahun lepas. Okazaki, Mahrez dan Vardy pula masih mengekalkan prestasi musim lalu.

Menarik juga untuk dilihat apa akan jadi kepada The Foxes tahun ni, dengan Champions League, Liga, Piala FA dan Piala Liga – 4 kejohanan yang akan ditempuh – adakah The Foxes mampu untuk sekurang-kurangnya menduduki Top 6?

Mourinho vs Mata

Kembali senyum | Gambar : 101greatgoals.com
Kembali senyum | Gambar : 101greatgoals.com

Juan Mata dimasukkan pada minit ke 62, untuk menggantikan Jesse Lingard yang sedikit tercedera, dan Mata bermain seperti biasa – menyerang. Namun pada masa kedeceraan separuh masa kedua, Mata dikeluarkan dan digantikan dengan Henrikh Mkhitaryan dan alasan Mourinho – Mata terlalu pendek.

Ketika kedudukan berpihak 2-1 kepada United, Leicester pastinya akan mengamalkan dasar hit and run – iaitu long ball, crossing dan tanduk. Tambahan pula, emosi pemain United tentunya sedikit terganggu dan mudah melakukan foul sekaligus memberikan sepakan percuma kepada Leicester pada zon yang bahaya.

Di sini ketinggian Mata menjadi ancaman buat United dan di atas dasar inilah Mourinho mengeluarkan Mata, mengekalkan Fellaini dan Zlatan.

Mata, pada awalnya sangat marah, namun situasi tersebut diterangkan secara panjang lebar oleh Mourinho dalam tesis berhalaman 857 muka surat dan akhirnya Mata terima hakikat.

Rooney dah tak selamat

rooney
Rooney bakal mengikut jejak langkah Zainal Abidin Hassan? | Gambar : Mirror Football

Selama lebih 10 tahun Rooney menjadi pemain tetap dalam team sheet United, samada dari zaman Sir Alex, Moyes atau Van Gaal. Namun dalam perlawanan semalam, Rooney dilihat agak berkarat dan belum bersedia untuk memulakan musim 2016-2017 ini. Adakah Premier League Sdn. Bhd. perlu menagguhkan liga untuk memberi ruang kepada Rooney?

Jose terkenal sebagai pengurus yang mempunyai kuasa mutlak dan sudah berapa ramai pemain bertaraf bintang digugurkannya seperti Shevshenko di Chelsea.

Dengan kedatangan Ibrahimovic, Mkhitaryan, ditambah pula dengan pemain sedia ada seperti Rashford, Martial dan Mata, posisi Rooney dilihat agak kurang selamat.

Yang pasti, Rooney perlu lebih melipatgandakan usaha untuk mengembalikan Rooney sekitar 2007-2012 dulu, barulah kejayaan itu berada di bawah cengkaman United.

Nak tahu bila pasukan kegemaran korang bermain? Klik sini.

Baca Juga

Baca Juga