Satu lagi kes melibatkan gangguan seksual melibatkan pemain bola sepak muncul. Seorang lelaki telah membuat kenyataan terbuka secara ekslusif tentang kelakuan Dani Carvajal.
Sebelum ini dunia dikejutkan dengan cerita Mason Greenwood dan juga Antony yang dituduh dalam kes gangguan seksual. Sementara Benjamin Mendy sudah bebas daripada pertuduhan serangan seksual.
Mason Greenwood sudah selesaikan kes di luar mahkamah. Manakala Antony masih lagi berjuang untuk membersihkan namanya.
Kini satu lagi kes tentang gangguan seskual dilaporkan melibatkan pemain Eropah. Kes melibatka Dani Carvajal menjadi gembar selepas satu wawancara di channel YouTube Che America Latina.
Di mana seorang lelaki menyatakan bahawa Carvajal mahu dia memberitahu seorang wanita di hotel itu bahawa dia mahu memasukkan kemaluannya ke mulut wanita itu.
Kejadian itu berlaku ketika Piala Dunia 2018 di Sepanyol. Lelaki yang bekerja sebagai pengiring pemain telah ditugaskan untuk bersama Carvajal, Nacho Monreal dan David De Gea.
Dan dia akui terkejut mendengar permintaan Caravajal yang penuh dengan kata kata lucah.
Lelaki itu berkata: “Kami pergi ke bilik hotel mewah. Mereka [pemain pemain Sepanyol] memesan vodka dan juga bong. Ketika itu saya menjadi penterjemah kepada mereka.”
“Dan tiba tiba, Carvajal meminta saya untuk memberitahu seorang perempuan lawa di situ dan dia mahu memasukkan burungnya ke dalam mulut perempuan itu.”
Malangnya, wanita itu menolaknya. Dan wanita itu kemudian berkepit dengan De Gea untuk malam itu dan meluangkan masa dengannya.
“Carvajal sangat marah dan dia tak boleh menerima wanita itu menolaknya begitu sahaja sedangkan dia pemain Real Madrid.”
Dani Carvajal pantas menafikan perkara itu. Dia mentweet semula dengan hantaran: “Kesemua laporan di media tentang saya berkenaan hari hari tersebut adalah palsu semata mata.”
“Daripada penglibatan dengan parti politik dan serangan seksual ketika Piala Dunia 2018 di Rusia adalah tidak tepat.”
“Saya benar benar kesal dan tertarik bagaimana media ada hak sebegini rupa untuk menulis sesuatu tanpa rasa bersalah, memberikan kredibiliti ayat dari pihak ketiga. Mencemarkan nama dan maruah saya.”
“Saya sudah mengambil tindakan perundangan.”
Todas las informaciones vertidas durante estos días en prensa refiriéndose a mi persona son totalmente falsas.
Desde mi vinculación a partidos políticos a una agresión sexual en el mundial de Rusia 2018.
Me parece absolutamente lamentable y sumamente delicado que los medios… https://t.co/vkaMgZgClC— Dani Carvajal Ramos (@DaniCarvajal92) September 13, 2023