Lelaki Ini Terajang TV Sebab Bengang Jorginho Berada Di Kelompok Tiga Teratas Pemenang Ballon D’or 2021

Salah seorang penyokong yang beremosi telah bertindak memecahkan TV beliau selepas melihat Jorginho berada di kedudukan ketiga dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or.

Jorginho menempatkan dirinya dikedudukan tiga teratas dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021, dengan beliau berjaya mengatasi pemain seperti Mo Salah, Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe dan ramai lagi.

Pemain midfield Chelsea dan Itali itu merupakan antara calon kegemaran yang dijangka akan memenangi anugerah tersebut, selepas melihat sumbangan beliau untuk kelab dan negara.

Beliau berjaya membantu Chelsea memenangi gelaran Champions League pada musim lalu, dan turut menjadi watak penting dalam membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020.

Walau bagaimanapun, segelintir peminat sebenarnya tidak yakin yang Jorginho boleh memenangi anugerah tersebut berdasarkan piala semata-mata.

Mereka merasakan yang Jorginho bukanlah pemain yang berkualiti untuk memenangi anugerah tersebut, walau beliau memiliki piala Champions League dan Euro.

Ada peminat yang tidak boleh menahan emosi beliau sebaik mengetahui yang Jorginho berada di kedudukan ketiga dalam senarai ini, dan menganggap bintang Itali itu tak layak untuk berada di kedudukan tersebut.

Pengguna Snapchat itu pada awalnya meluahkan rasa tidak puas hati beliau melihat kedudukan Karim Benzema dengan beliau tidak percaya bintang Perancis itu hanya berada di kedudukan keempat sahaja.

Beliau kemudiannya mengamuk sebaik melihat nama Jorginho diumumkan berada di kedudukan ketiga dalam senarai pemenang.

Beliau tidak boleh menerima yang Jorginho berada di kedudukan ketiga dan beliau turut percaya bintang Itali itu tidak layak sama sekali untuk berada di kedudukan 10 teratas.

Beliau merasakan hak pemain-pemain lain di belakang Jorginho telah dirompak dan tidak percaya bagaimana bintang Chelsea itu boleh berada di kelompok tiga teratas.

Sebelum ini juga ramai pundit dan peminat yang menyuarakan hal yang sama, dengan mereka tak percaya Jorginho layak untuk ada dalam senarai calon pemenang anugerah tersebut.

Lelaki ini benar-benar tidak boleh menerima kenyataan yang Jorginho merupakan pemenang di tempat ketiga untuk anugerah paling berprestij itu.

Kerana terlalu bengang, beliau memutuskan untuk memecahkan TV di rumahnya sebagai tanda beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya melihat Jorginho berada di kelompok tiga teratas.

Senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021

1. Lionel Messi (Argentina, FC Barcelona, Paris-SG), 613 mata.
2. Robert Lewandowski (Poland, Bayern Munich), 580 mata
3. Jorginho (Itali, Chelsea), 460 mata
4. Karim Benzema (Perancis, Real Madrid), 239 mata
5. N’Golo Kanté (Perancis, Chelsea), 186 mata.

6. Cristiano Ronaldo (Portugal, Juventus, Man United) 178 mata.
7. Mohamed Salah (Égypt, Liverpool), 121 mata
8. Kevin De Bruyne (Belgium, Manchester City), 73 mata
9. Kylian Mbappé (Perancis, Paris-SG), 58 mata
10. Gianluigi Donnarumma (Itali, AC Milan, Paris-SG), 36 mata.

11. Erling Haaland (Norway, Borussia Dortmund), 33 mata.
12. Romelu Lukaku (Belgium, Inter Milan, Chelsea), 26 mata.
13. Giorgio Chiellini (Itali, Juventus), 26 mata
14. Leonardo Bonucci (Itali, Juventus), 18 mata
15. Raheem Sterling (England, Man City), 10 mata.

16. Neymar (Brazil, Paris-SG), 9 mata.
17. Luis Suarez (Uruguay, Atlético Madrid), 8 mata.
18. Simon Kjaer (Denmark, AC Milan), 8 mata.
19. Mason Mount (England, Chelsea), 7 mata.
20. Riyad Mahrez (Algeria, Manchester City), 7 mata.

21. Bruno Fernandes (Portugal, Manchester United), 6 mata.
22. Lautaro Martinez (Argentina, Inter Milan), 6 mata.
23. Harry Kane (England, Tottenham), 4 mata.
24. Pedri (Sepanyol, FC Barcelona), 3 mata
25. Phil Foden (England, Manchester City), 2 mata.

26. Nicolo Barella (Itali, Inter Milan) 1 mata.
27. Ruben Dias (Portugal, Manchester City), 1 mata
28. Gerard Moreno (Sepanyol, Villarreal), 1 mata
29. César Azpilicueta (Sepanyol, Chelsea), 0 mata
30. Luka Modric (Croatia, Real Madrid), 0 mata

Messi berjaya menjaringkan 41 gol dan mencatatkan 17 assists dari 56 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara untuk melayakkan beliau memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya.

Bintang berusia 34 tahun itu juga merupakan pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019 sebelum melengkapkan kemenangan ketujuhnya pada tahun ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Keputusan Pemenang Ballon d'Or 2021 Telah Bocor