Leo Messi Digantung Empat Perlawanan oleh FIFA

Pemain terbaik dunia, Leo Messi telah digantung empat perlawanan oleh FIFA, kerana menghambur caci maki terhadap penjaga garisan, dalam perlawanan yang menyaksikan Argentina tewaskan Chile 1-0 minggu lalu.

Lebih teruk lagi, Messi hanya mula digantung kira-kira lima jam sebelum perlawanan Argentina menentang Bolivia, sekaligus menyaksikan pasukan Biru Putih tersebut tewas 2-0. Kekalahan ini menyebabkan Argentina jatuh ke tangga kelima, menyukarkan lagi harapan mereka untuk layak ke Piala Dunia 2018.

Maria menjadi watak utama ketika mengalahkan Chile

Penggantungan ini bermakna Leo Messi bakal terlepas perlawanan Argentina menentang Uruguay, Venezuela dan Peru.

Kalau nak kira, ketiga-tiga negara ini tidak berada dalam kedudukan empat teratas, tapi kalau dengan Bolivia pun kalah, maksudnya Argentina bakal menghadapi masalah tanpa Leo Messi, walaupun Messi sekadar menjaringkan satu gol sepanjang kempen kelayakan ini.

Dalam perlawanan menentang Chile tempoh hari, Messi dikatakan mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh kepada pembantu pengadili kerana mengatakan Messi telah melakukan kesalahan.

Tidak pasti apa yang dikatakan oleh Messi dalam video di atas, tetapi pastinya bukan sesuatu yang seringkas “mak kau hijau” atau “ale uto”.

Pemain berusia 29 tahun ini juga telah didenda sebanyak USD 10,000 (RM44,200).

Sementara itu kelab Messi, Barcelona mengecam FIFA dan memberikan sokongan kepada pemain kesayangan mereka itu, menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab.

“FC Barcelona nyata terkujat dan berang dengan tindakan melulu oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA dengan menggantung Leo Messi selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Chile.

“Kelab ini menganggap penggantungan empat perlawanan ke atas pemain Argentina ini adalah tak adil dan tidak sepatutnya.

“Akhir kalam, FC Barcelona sekali lagi menyatakan sokongan kepada Leo Messi, sebagai pemain contoh sama ada di dalam atau di luar padang.”

Bagus juga Barcelona ni sentiasa sokong pemain dia.

Baca Juga

Baca Juga