Leo Messi Mahu Paulo Dybala Sertai Barcelona

Penyerang Barcelona yang berbangsa Argentina, Leonel Messi dikatakan mahu rakan senegaranya yang bermain di Juventus, Paulo Bruno Exequiel Dybala menyertainya di Nou Camp, menurut laporan The Sun. Menurut laporan tersebut juga, Dybala sudah meminta ejennya untuk bertanya kepada Barcelona berapa wang yang sanggup dibelanjakan untuk mendapatknnya.

Dybala sebelum ini telah ditawarkan kontrak baru bersama Juventus namun dia masih belum menurunkan tanda tangannya dengan alasan ingin fokus kepada cabaran musim ini terlebih dahulu.

Masa depan Dybala di Juventus mula menjadi persoalan pada bulan Januari lalu apabila dia dilihat tidak berpuas hati dengan pengurus Juventus, Max Allegri, ketika perlawanan menentang Sasuuolo. Dybala dikeluarkan pada minit ke-77, demi memberi peluang kepadanya untuk berehat menjelang pertemuan dengan Inter Milan pada hari Ahad berikutnya, namun Dybala tidak berpuas hati dan tidak bersalam dengan Allegri. Mungkin Dybala melihat Allegri mengorek hidung sebelum menghulurkan tangannya.

Insiden ini mencetuskan kegembiraan di kalangan penggiat media kerana mereka akhirnya boleh menyemarakkan lagi perbalahan ini, sekaligus mampu untuk meningkatkan jualan akhbar mereka.

Selang beberapa ketika, hubungan Dybala dan Allegri pulih seperti biasa dan menurut Allegri, respon Dybala ketika perlawanan tersebut adalah reaksi biasa pemain yang dikeluarkan.

Jika Dybala menyertai Barcelona, formasi pasukan Catalan tersebut pasti akan sedikit berubah. Meskipun berkaki kiri, Dybala dilihat selesa bermain di bahagian kanan padang. Kemasukan Dybala ini pasti akan mengurangkan masa permainan lagenda Barcelona, Andres Iniesta, yang semakin tua dan sering dirundung kecederaan.

Apa pun, jika Barcelona berhajat untuk membawa Dybala ke Nou Camp, nilai €100 juta mungkin masih belum mencukupi. Memandangkan Barcelona kini dilanda masalah kewangan, agak mustahil untuk melihat Blaugrana berbelanja besar pada musim panas ini. Silap-silap, kerana tidak mampu membeli Dybala, Azamudin Akil akan dibawa ke Barcelona.

Banyak-banyakkan berdoa.

Sumber berita kelakar ini :

1- The Sun

2- Squawka

Baca Juga

Baca Juga