Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo menyatakan bahawa beliau kecewa kerana Singapura tidak menyediakan lauk babi untuk pasukannya.
Vietnam antara pasukan yang tiba awal di Singapura. Dan dalam sidang medianya, Park Hang Seo mengejutkan ramai pihak apabila menegaskan bahawa, pihak penganjur tidak menyediakan makanan yang kena dengan tekak mereka.
“Hari ini saya bercakap dengan pemain. Selain penat fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin penat. Terpaksa hidup dengan perjalanan terhad, dan makan dan minum juga bermasalah.”
“Kesukaran itu tidak dapat diatasi. Kini kami hanya boleh berfikir secara optimistik, berfikiran positif untuk meneruskan kejohanan,” kata Hang Seo lagi.
Seterusnya, Park Hang Seo juga menyekolahkan Singapura agar lebih cakna dalam penyediaan makanan. Walaupun memahami ada sesetengah pasukan yang tidak makan babi kerana faktor agama dan budaya yang berbeza.
Namun Park Hang Seo meminta penganjur tidak mengabaikan selera pasukan seperti Vietnam.
“Makan menjadi masalah jika kita terpaksa makan menu yang sama setiap hari. Pasukan mempunyai agama dan budaya yang berbeza dan kita perlu menghormatinya,” kata Hang Seo.
“Sebagai contoh, Vietnam suka makan daging babi, sehingga hari ini kita semua perlu makan ayam disediakan penganjur. Saya rasa penganjur harus lebih fleksibel dan menyusun makanan dengan lebih tepat,” kata Hang Seo menyambung.
Sudah 4 hari para pemain Vietnam tidak makan babi sejak tiba di Singapura. Mereka terus menunggu hari demi hari, berharap ada sinar harapan untuk melihat babi dalam makanan mereka. Malangnya, tetap tak ada.
Itu yang membuatkan pemain sugul, sedih dan kecewa lalu mengutarakan masalah itu kepada Park Hang Seo.
Ini bukanlah kali pertama Vietnam meroyan isu makanan. Sebelum ini pasukan Vietnam kecewa kerana makanan yang disediakan di dalam bekas makanan dan bukannya secara buffet. Seterusnya, makanan tersebut dikatakan terlalu sedikit dan pemain tak cukup kenyang.
PIALA AFF 2021 Tim Vietnam Jengkel Tak Bisa Makan Daging Babi
Selengkapnya Klik Tautan Berikut ini#InfoOlahraga #Timnas #Vietnam #Makanan #Babi
https://t.co/uvhwVBjvkX— MURIANEWS (@murianewscom) December 4, 2021
Kem Indonesia, Vietnam Tak Puas Hati Makanan Sedikit
Kem Indonesia mengomel dan mengkritik pengurusan Piala AFF Suzuki 2020 Singapura yang menyediakan makanan tapau kepada mereka.
Pasukan Indonesia baru sahaja tiba di Singapura pada 2 Disember lalu dan menginap di Hotel Orchard, Singapura. – yang merupakan sebahagian daripada kawasan gelembung sukan kejohanan tersebut.
Namun hanya selepas sehari tinggal di sana, pembantu Jurulatih Indonesia, Dzenan Radoncic, mengeluh soal makanan yang disediakan tuan rumah.
Di mana Dzenan membuat hantaran di Instagram berkongsi kekecewaannya itu.
Dzenan berkata, biasanya pasukan mereka disediakan buffet di hotel ketika menginap, untuk mana mana kejohanan sebelum ini.
Malang sekali kali ini, para pemain dan staf terpaksa makan makanan yang sudah diletakkan dalam bekas / container ataupun tapau.
Ini kerana, jika disediakan secara buffet, ia akan melibatkan banyak sentuhan ketika mereka memegang sudu atau senduk makanan.
Selain itu, PSSI juga mendengar luahan para pemain yang kecewa kerana mereka tidak boleh ‘tambah nasi’ – istilah kita untuk tambah lagi nasi dan lauk.
Di mana penganjur hanya menghantar terus makanan berdasarkan kuantiti yang mereka sediakan.
Dzenan menyindir: “Begitulah cara mereka melayan orang-orang di ‘gelembung’ di Singapura!.. Semoga berjaya di Piala AFF !,” tulis beliau lagi. Namun post itu kemudiannya dipadam.
Bukan itu sahaja, selain kem Indonesia, kem Vietnam turut memprotes layanan yang diberikan kepada mereka.
Di mana ramai pemain Vietnam yang kecewa kerana tidak dapat menambah menu tambahan seperti ayam, daging rebus, ikan rebus dan sebagainya.
Walaupun dikritik oleh kem Indonesia dan Vietnam, pihak penyelia makanan menyatakan bahawa, penyediaan makanan secara catering dan bukannya buffet, dibuat untuk meminimumkan risiko jangkitan wabak.
Laporan The Tao dari Vietnam dengan sinis menyindir: “Adakah Vietnam sebenarnya sudah memasuki medan perang?”
Mereka merasakan bahawa layanan daripada FAS ini sebagai salah satu perang saraf untuk menganggu persiapan pasukan mereka.
Menu yang disediakan oleh penganjur adalah makanan yang sihat. Namun para pemain Vietnam meminta agar mereka diberikan ruang untuk memilih sendiri makanan mereka.
Para pemain Vietnam berkampung di Hotel Mercure Roxy. Semua pemain harus menjalani ujian saringan wabak setiap 2 hari sekali.
Pemain Vietnam tak puas hati makanan sedikit
Kem Vietnam ketika ini tidak berpuas hati kerana mereka hanya diberikan nas dengan 3 potong ikan yang dimasak dan dicampur sos gaya Singapura, kemudian ayam masak kukus, 1 mangkuk kecil kentang putar, 1 mangkuk kecil sup, salah dan juga 2 biji pisang.
Ramai pemain meeluah bahawa mereka tak cukup kenyang. Dan berharap agar menu seterusnya akan lebih banyak dan lebih sedap.
Namun pada hari kedua, para pemain mengadu sekali lagi kerana menurut mereka nasi diberikan terlalu sedikit. Kemudian hari tersebut mereka diberikan telur dengan kicap, 2 keping roti dengan mentega, salad, pisang, epal, minuman yoghurt, air mineral, kopi — untuk sarapan pagi.
Kemudian pada sesi makan tengahari mereka meluah sekali lagi kepada pengurusan bahawa makanan terlalu sedikit. Di mana lagi teruk mereka tidak ada nasi kerana digantikan dengan spaghetti.
Pengurusan Vietnam sudah menyatakan bahawa menu tersebut mungkin akan membuatkan para pemain mereka sukar berlatih. Namun doktor pasukan Doktor Choi yang ditugaskan mengawal pemakanan di kem Vietnam menyatakan bahawa, mereka sudah menyediakan makanan yang sihat.
Choi menegaskan bahawa, paling penting adalah makanan secukupnya dengan nutrisi yang tepat berbanding dengan makanan yang berlebihan dan tak sesuai dengan diet.
Seorang peminat Vietnam sendiri menyatakan bahawa makanan yang disediakan oleh Singapura jauh lebih sihat daripada apa yang digemari para pemain Vietnam seperti mee segera dan beberapa makanan lain. Dan meminta pasukan Vietnam jangan mengada ngada nak beralasan terlebih dahulu sebelum turun bertarung.
Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi menyatakan bahawa mereka sudah membuat aduan kepada penganjur bahawa mereka tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Namun Yunus Nusi menyatakan bahawa, mereka harus menghormati keputusan penganjur kerana SOP yang ketat ketika ini.
Yunus berkata lagi: “Itu keputusan FAS [FA Singapura]. Federasi juga sudah mengeluh, tapi mereka harus mematuhi dan bisa [boleh] meminta tambahan makanan ketika makanan diagihkan,” ujar Yunus kepada Sportsstars.id.
Sumber: Axello.net