Leroy Sane Secara Tidak Sengaja Sahkan Kai Havertz Ke Chelsea?

Pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane secara tidak sengaja telah mengesahkan pemain muda sensasi di Bundeliga ketika ini, Kai Havertz akan berhijrah ke pasukan kota London, Chelsea.

Chelsea yang sudah boleh berbelanja dikatakan sangat bernafsu untuk mendapatkan pemain perancang Bayer Leverkusen itu selepas berjaya menikahi Timo Werner.

Chelsea mempunyai berguni-guni duit selepas dikenakan sekatan pada jendela perpindahan musim lalu dan akan membelanjakan wang tesebut dengan wang tambahan daripada pemain yang bakal dijual.

Bayern Leverkusen tidak akan melepaskan pemain tonggak kreatif mereka itu dengan harga yang murah dan nilai terendah yang mereka mahukan sebanyak £75 juta sahaja.

Walaupun sudah mempunyai ramai pemain tengah itu tidak menghalang Chelsea untuk berbelanja. Pemain demo, duit kawe!

N’Golo Kante dan Jorginho mungkin akan dijual untuk mengimbangi perbelanjaan.

Kai Havertz ke Chelsea dilihat menjadi kenyataan apabila kenyataan secara tidak sengaja daripada Leroy Sane seakan mengesahkan perpindahan ini.

Sane terlepas cakap dengan yakinnya dalam satu sidang media ketika ditanya oleh wartawan dan percakapan itu pula dirakam.

Wartawan: Kenapa pemain bola sepak Jerman mendapat permintaan yang tinggi oleh kelab EPL sekarang? Dengan Werner ke Chelsea dan Havertz pula semakin hampir.

Sane: Sentiasa ada pemain yang baik di Jerman. Tahun ini Werner dan Havertz. Aku fikir mungkin Chelsea akan memiliki.

Havertz yang kini sudah berusia 21 tahun merupakan pemain paling diminati oleh kebanyakkan kelab pada jendela perpindahan kali ini.

Aksinya yang mantap dan persembahan yang luar biasa dalam saingan Bundesliga menjadikan beliau antara pemain paling hangat menjadi rebutan kelab-kelab gergasi Eropah.

Sebelum ini Kai Havertz telah memberi tanda-tanda besar melalui media sosial bahawa beliau akan mengikut jejak langkah Timo Werner untuk ke Stamford Bridge musim panas ini.

Chelsea juga dilaporkan akan mencari penjaga gol lain sebagai keutamaan aktiviti membeli-belah mereka selepas mendapat Kai Havertz secara rasmi.

Ini kerana Frank Lampard dikatakan sudah hilang sabar dengan penjaga gol utama Chelsea ketika ini, Kepa Arrizabalaga.

BACA:  Kai Havertz Sepatutnya Dilayangkan Kad Merah Kerana Pamer Aksi Dive Keterlaluan