Lewandowski Jaring 4 Gol Terpantas Dalam Sejarah Champions League

Robert Lewandowski merupakan seorang pemain penyerang yang paling digeruni dalam dunia bola sepak tapi tidak menjadi pemain yang sensasi seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel.

Jarang sekali Robert Lewandowski menjadi bahan utama media antarabangsa selain daripada aksinya di padang yang sememangnya dikeathui sebagai seorang penyerang yang prolifik.

Pemain Poland itu meneruskan aksi cemerlang beliau pada musim ini apabila menjaringkan 4 gol ketika membantu Bayern Munich menewaskan Red Star Belgrade 6 gol tanpa balas.

Keempat-empat gol itu terhasil dalam tempoh 14 minit dan 30 saat dan menjadi jaringan 4 gol atau quadruple terpantas dalam sejarah UEFA kewujudan Champions League (UCL).

Bagi tahun 2019 Lewandowski sudah menjaringkan 51 gol dalam 53 perlawanan dan 10 gola dalam 7 perlawanan Champions League.

Ini merupakan jaringan yang ke-27 Lewandowski untuk Bayern Musim ini dan sudah 32 gol sudah dijaringkan untuk kelab dan negara ketika belum menghampiri separuh musim. Gila.

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol pertama peribadi pada minit ke-53 melalui sepakan penalti dan merupakan gol kedua Bayern Munich selepas Leon Goretzka terlebih dahulu menjaringkan gol pertama.

Selepas sejam permainan berlangsung gol kedua hadir apabila hantaran Plilippe Coutinho menjumpai Cristian Tolisso terlebih dahulu sebelum Lewandowski menolak masuk dari jarak dekat.

Tiga minit kemudian Lewandowski melengkapkan hatrik apabila menyempurnakan hantaran silang Benjamin Pavard melalui satu sundulan jarak dekat.

Pada minit ke-68 gol keempat Lewandowski hadir selepas tenang menewaskan Milan Borjan berpunca dari hantaran lolos Ivan Perisic untuk kedudukan Bayern Munich 5-0 Res Star Belgrade.

Lewandowski dikeluarkan ketika permainan berbaki 13 minit. Corentin Tolisso melengkapkan kemenangan 6-0 Bayern dengan jaringan minit akhir.

Pada separuh masa pertama satu gol Lewandowski dibatalkan dan sepakan penalti juga gagal disempurnakan. Cukup la 4 kan? Gila apa 6 gol satu game, UCL kot.

Ini merupakan kali kedua Lewandowski menjaringkan 4 gol di Champions League, kali pertama ketika Borrusia Dortmund menewaskan Real Madrid 4-1 pada 23 Oktober 2013.

Saksikanlah, power bukan?

Baca Juga

Baca Juga