Liga Juara-juara Sudah Hilang Daya Tarikan – Arsene Wenger

Pengurus lagenda Liga Perdana Inggeris, Encik Arsene Wenger, telah mengeluarkan satu pernyataan yang mampu menjemput cacian dan makian – Liga Juara-juara sudah hilang seri, menjelang pertemuan Arsenal menentang Bate Borisov dalam Liga Europa minggu depan.

Tapi jangan salah anggap. Tak baik bersangka buruk dengan warga emas.

Menurut Wenger, Liga Juara-juara hanya hilang serinya di peringkat kumpulan dan ini dibuktikan dengan kehadiran penyokong ke stadium yang semakin tahun semakin merosot.

Wenger berkata demikian ketika ditemuramah Telegraph.

“Aku rasa dalam peringkat kumpulan, tak banyak perlawanan menarik, makanya aku pilih satu atau dua perlawanan yang aku rasa menarik .

“Sekarang ni dah jadi biasa-biasa je peringkat kumpulan ni. Tengok penyokong, UCL ni dah hilang daya tarikan.

Sebenarnya kata-kata Wenger ini ada asasnya. Jumlah penonton di stadium dan di kaca televisyen semakin merudum untuk perlawanan peringkat kumpulan. Kalau di England, perlawanan yang melibatkan kelab dari negara tersebut hanya mampu menggamit 200,000 penonton untuk satu perlawanan.

Wenger yang sudah bersama Arsenal selama 22 tahun telah berpeluang mengemudi pasukannya dalam kejohanan kelab paling berpretij di dunia ini sebanyak 200 perlawanan dan musim ini adalah musim pertama Arsenal gagal layak selepas 19 tahun.

Paling hampir Wenger memenangi trofi Liga Juara-juara adalah pada 2006 di mana pasukannya tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir.

Ketika ditanya adakah dia rindu akan suasana Liga Juara-juara, Wenger mengakuinya.

“Ya, jujurnya aku rindu.

“Tapi memandangkan aku dah ada 200 perlawanan Liga Juara-juara, jadi aku patut rasa bangga,” ujar Wenger.

Pada masa yang sama, Wenger juga turut memuji perkembangan pemain tengahnya, Aaron Ramsey.

“Dia sekarang dah semakin matang. Dia dah berkembang dari segi teknik, dan dia dah sedar kepentingan teknik yang berkualiti.

“Cara dia bermain pula bersih, dia ada fizikal yang kuat dan enjin yang besar.

“Dia tahu apa yang dia perlu buat pada usianya baru 25 tahun. Dia tahu untuk berada di tempat yang betul, pada waktu yang betul.

Wenger dan Ferguson – dua pengurus yang paling lama di Liga Inggeris | Gambar : The Sun

“Dia perlu menang banyak bola di zon neutral. Maksudnya di zon bukan bola aku, bukan bola kau. Tapi kalau aku lebih cepat faham daripada kau, aku akan menang banyak bola daripada kau,” tambah Wenger panjang lebar.

Ketika ditanya siapa pilihannya untuk memenangi pertarungan separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Felda United , Wenger sekadar menjawab,”Aku bukan orang Kedah, tapi pak menakan aku duk Pendang. Aku sokong Kedah lah.” [1]

Sumber berita : Telegraph

Nota :

[1] Imaginasi aku je ni. Jangan jadi pembaris.

Baca Juga

Baca Juga