Liga Perdana 2021: Kelantan FC 1-0 Kuching City FC

Gol tunggal daripada Natanael Siringo Ringo sudah cukup untuk Kelantan FC meraih 3 mata berharga untuk mencatatkan kemenangan keempat selepas tujuh perlawanan.

Prestasi yang agak memberangsangkan buat Kelantan FC yang membariskan muka baru selepas membentuk semula pasukan untuk musim ini dengan kos minima.

Gol kemenangan Kelantan FC telah dijaringkan oleh Natanael Siringo Ringo melalui satu sundulan pada minit ke-45.

Kemenangan ini mengekalkan Kelantan FC ditangga keempat Liga Perdana dengan 13 mata.

Kuching City FC berada ditangga ke-9 Liga Perdana selepas tujuh perlawanan dengan enam mata.

Baca Juga

Baca Juga