Liga Perdana Inggeris: Bagaimana Stesen TV Pilih Perlawanan Untuk Disiarkan Secara Langsung

Sebaik sahaja jadual perlawanan bagi musim 2022/2023 diumumkan oleh Liga Perdana Inggeris, satu lagi pengumuman turut dikeluarkan yang mana menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak Inggeris.

Stesen penyiar rasmi dengan pantas turut mengumumkan perlawanan mana yang mereka telah pilih untuk disiarkan secara langsung di kaca televisyen bagi seluruh United Kingdom bagi minggu pembukaan liga.

Manchester City champion musim 2021/2022

Skysports, penyiar terbesar Liga Perdana Inggeris buat United Kingdom, memilih untuk memulakan kempen musim 2022/2023 dengan menyiarkan pertemuan Crystal Palace menentang Arsenal pada hari Jumaat, pukul 8 malam waktu tempatan.

Seterusnya, Sky akan menyiarkan perlawanan Everton menentang Chelsea pada hari Sabtu sebelum dua perlawanan serentak iaitu Manchester United vs Brighton dan West Ham vs City bakal menjadi ‘Super Sunday’ pertama bagi musim hadapan.

BT Sport pula telah memilih Fulham bertemu Liverpool bagi slot pukul 12.30 tengahari pada tarikh 6 Ogos nanti.

Setiap kali pengumuman dibuat mengenai perlawanan yang dipilih untuk ditayangkan secara langsung, sudah tentu akan ada sekelompok peminat pasukan lain yang mengkritik mengapa pasukan kegemaran mereka tidak terpilih.

Ada orang kata perlawanan dipilih hanya sesuai untuk mereka yang nak tengok perlawanan di rumah kerana mendatangkan kesusahan kepada penyokong pelawat yang terpaksa menempuh perjalanan jauh dan jadual keretapi yang singkat.

Ada juga yang kata stesen televisyen ni memang dah lama berdendam dengan sesetengah pasukan.

Adakah perlawanan dipilih membabi buta?

Tetapi bagaimana sebenarnya perlawanan Liga Perdana Inggeris dipilih ?

Untuk rekod, artikel ini tiada kena mengena dengan penduduk Malaysia kerana kita bertuah Astro menayangkan semua perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan pilihan channel yang berbeza.

Bagi penduduk United Kingdom pula, peminat pasukan yang mana tidak dipilih untuk siaran langsung perlu pergi ke stadium atau terpaksa mencari live streaming luar negara menggunakan VPN.

1. Apakah Pakej TV Bagi United Kingdoms ?

Berikutan COVID-19, Liga Perdana Inggeris telah memohon kebenaran dari kerajaan UK untuk menjual hak penyiaran 2018-2021 sehingga penghujung musim 2024/2025 pada harga yang sama iaitu £4.8 bilion. Hak penyiaran kekal menjadi milik Sky, BT dan Amazon.

Dalam 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebanyak 200 perlawanan akan ditayangkan secara langsung.

Pemegang cap mohor-mohor EPL

Perlawanan dibahagikan kepada 7 pakej, iaitu A, B, C, D, E, F, dan G seperti dibawah.

Pakej A:
Jumlah perlawanan: 32
Waktu sepak mula : Sabtu 12.30pm

Pakej B:
Jumlah perlawanan: 32
Waktu sepak mula: Sabtu 5.30pm

Pakej C:
Jumlah perlawanan: 32
Waktu sepak mula: 24 perlawanan pada hari Ahad 2pm dan 8 perlawanan pada hari Sabtu 7.45pm

Pakej D:
Jumlah perlawanan: 32
Waktu sepak mula: Ahad 4.30pm

Pakej E:
Jumlah perlawanan: 32
Waktu sepak mula: 24 perlawanan pada hari Ahad 8pm atau Jumaat 7.30-8pm dan 8 perlawanan pada hari Ahad 2 pm

Pakej F:
Jumlah perlawanan: 20
Waktu sepak mula: Semua 20 perlawanan pada hari cuti ‘Bank Holiday’ dan 1 program bola pertengahan minggu

Pakej G:
Jumlah perlawanan: 20
Waktu sepak mula: Semua 20 perlawanan dari 2 jadual pertengahan minggu

2. Siapa Yang Mempunyai Hak Terhadap Pakej-Pakej Ini ?

Sky Sports mendominasi hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dimana mereka mempunyai hak terhadap Pakej B, C, D dan E yang bermaksud mereka mempunyai hak untuk menyiarkan 128 perlawanan setiap musim.

BT Sport pula membeli Pakej A dan G, yang memberi mereka hak untuk menyiarkan 52 perlawanan setiap musim. Manakala Amazon pula membeli Pakej F, dimana mereka boleh menayangkan 20 perlawanan setiap musim.

3. Bagaimana Stesen TV Pilih Perlawanan Mana Yang Mereka Mahu ?

Bergantung kepada pakej, stesen penyiar boleh membuat pilihan pertama, kedua, ketiga, keempat atau kelima bagi setiap hujung minggu.

Slot utama yang selalunya akan menjadi pilihan pertama, akan ditayangkan Sky Sports pada hari Ahad pukul 4.30pm. Slot tersebut mempunyai 32 perlawanan dan Sky mempunyai kuasa terhadap 19 daripadanya. Ini bermakna Sky akan selalu menayangkan perlawanan yang dikategorikan sebagai hangat.

BT Sport tidak mempunyai hak untuk pilihan pertama bagi slot hari Sabtu, 12.30pm dan terpaksa berpuas hati dengan 20 pilihan kedua dan 12 pilihan kelima.

Berbeza pula buat Amazon kerana stesen penyiar ini mempunyai hak untuk ‘live stream’ 2 minggu sahaja setiap musim. Bermakna mereka tidak mempunyai hak untuk memilih perlawanan-perlawanan hangat seperti yang dilakukan Sky Sports dan BT Sport.

4. Adakah Terdapat Had Maksimum/Minimum Bagi Sesebuah Pasukan Mengisi Sesuatu Slot ?

Ya, ada. Bagi pakej A (BT Sport 12.30pm slot), sesebuah pasukan hanya boleh dipilih maksimum 6 kali sepanjang musim dan semua pasukan yang bertanding mestilah sekuranya-kurangnya dipilih sekali untuk mengisi slot tersebut.

Perkara yang sama digunakan untuk Pakej B (Sky Sports, Sabtu 5.30pm). Manakala Pakej C dan Pakej D maksimum adalah 6 kali dan minimum 2 kali.

BACA:  Sebab Kenapa Chelsea Cukup Bertekad Untuk Dapatkan Jules Kounde