Liga Super 2020: JDT 6-1 Selangor

Johor Darul Takzim berpesta gol lagi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan kali ini Gergasi Merah Gelandangan, Selangor menjadi mangsa permainan selamba JDT.

JDT hanya mempamerkan permainan bersahaja seperti sesi latihan sahaja dalam perlawanan ini dan telah berjaya menghasilkan 6 gol.

Kalau main bersungguh-sungguh tak tahu la macam mana pergi.

Selangor tampak lebih bersungguh dalam perlawanan ini dan berusaha sehabis daya namun satu gok sahaja berjaya dibawa pulang untuk sedapkan hati.

Separuh masa pertama permainan agak seimbang dan Selangor kelihatan lebih garang namun Safawi Rasid berjaya meletakkan JDT dihadapan sebelum tamat separuh masa pertama.

Empat minit bersambung babak kedua. Safawi Rasid sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring melalui sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol Selangor hanya keras cokeng menyaksikan bola masuk.

Pada minit ke-64 sekali lagi Farizal Harun tertewas, Diogo menjaringkan gol dari satu sudut sukar namun kedudukan Farizal Harun yang kelaut membolehkan rembatan Diogo menerjah gawang.

Gonzalo Cabrera menjaringkan gol keempat dengan satu rembatan persis sepakan penalti menyempurnakan tolakan bersahaja Diogo.

Ubi muda sensasi JDT, Ramadhan terus tajam dan mempamerkan ketajaman apabila menjaringkan dua gol untuk melengkapkan 6 gol JDT.

Satu hasil rembatan bola muntah dan gol keenam hadir melalui satu sepakan lencong cantik sesedap rasa membuatkan Farizal Harun terpaku buat kali terakhir dalam perlawanan ini.

Rufino Segovia menjaringkan gol saguhati Selangor untuk dijadikan modal berbual melalui satu tolakan leret yang meleleh masuk melepasi jangkauan Farizal Marlias.

Selepas Perak, jirak mereka, Selangor pula menjadi mangsa ratahan JDT.

Liga Super 2020: JDT 7-0 Perak

Liga Super kembali meneruskan saingan untuk perlawanan ke-6 menemukan juara bertahan(6x) Johor Darul Takzim dan Perak.

Sebelum perlawanan, Perak dijangka mampu untuk memberi saingan kepada JDT yang mana kehebatannya seantero Malaysia tahu seakan tidak mampu dihalang lagi.

Jangkaan itu sangat meleset dan jauh panggang dari api, Perak telah ditibai tanpa mampu melawan.

JDT berpesta gol apabila menjaringkan 7 gol dalam perlawanan ini dengan 5 penjaring berbeza.

Empat gol terhasil pada separuh masa pertama dan tiga gol lagi ditambah pada separuh masa kedua.

Gonzalo Cabrera menjaringkan tiga gol atau hatrik, manakala Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid masing-masing menjaringkan satu gol.

Selepas 6 perlawanan JDT gah di puncak dengan 16 mata hasil 5 kemenangan dan satu seri. Terengganu FC di tangga ledua dengan 10 mata.

BACA:  Fernando Torres Sah Tinggalkan Atletico Madrid Hujung Musim Nanti