Liga Super 2020: Kedah 2-0 Selangor

Perlawanan Liga Super minggu keempat pertemuan Kedah menentang Selangor berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selangor sepanjang minggu ini terpalit dengan pelbagai isu termasuk isu yang berbaur perkauman.

Kedah pula masih mencari rentak dan kebenaran di musim yang baru bermula ini.

Perlawanan minggu ini merupakan perlawanana terakhir kerana perlawanan akan digantung bermula 16 Mac kerana wabak COVID-19.

Renan Alves membuka jaringan tirai jaringan perlawanan pada minit ke-25 melalui satu sundulan.

Gol itu berpunca daripada sepakan percuma yang disusuli dengan lonjakan dan tandukan kepala Renan Alves.

Entah menda penjaga gol Selangor lakukan sehingga bola itu menerjah gawang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Kpah Sherman telah menggandakan kedudukan buat Kedah dan membuatkan Selangor tertekan.

Bola muntah yang ditepis penjaga gol Selangor datang ke kaki Kpah Sherman yang tidak dikawal pada minit ke-44.

Mudah pemain penyerang import Kedah itu menjaringkan untuk kedudukan Kedah 2-0 Selangor.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada tambahan gol dari kedua pasukan dan kedudukan 2-0 kekal untuk Kedah meraih 3 mata.

Kemenangan pertama Kedah di Liga Super 2020 dan kekalahan pertama Selangor musim ini.

FT Kedah 2-0 Selangor

Kpah Sherman 44′
Renan Alves 25′

Baca Juga

Baca Juga