Liga Super 2020: PJ City FC 3-2 Pahang

Pahang terus dirundung malang apabila mengalami kekalahan kedua selepas dua perlawanan Liga Super 2020 berlangsung, kali ini di kaki PJ City FC.

Skrip kekalahan ini hampir sama ketika Pahang tewas kepada Selangor minggu lalu dengan gol minit akhir.

Tetapi kali ini lebih pedih apabila bekas pemain Pahang telah menjaringkan gol kemenangan PJ City FC.

Demba Camara terlebih dahulu meletakkan PJ City FC di hadapan pada minit ke-11 dengan satu tendangan yang hampir tidak mengena tetapi menghasilkan gol.

Hanya empat minit jaringan itu bertahan apabila orang besi, Dickson Nwaekame menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti.

Keputusan ini kekal hingga tamat 45 minit pertama permainan.

Ivan Carlos meletakkan Pahang di depan pada minit ke-51 melalui satu kuisan yang lagi mengelirukan.

Pada minit ke-59 R.Barathkumar kembali menyamakan kedudukan dengan satu tolakan mudah ketika gawang sudah kosong.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, PJ City mendapat sepakan percuma.

Kogileswaran mengambilkan sepakan dan menghasilkan satu sepakan percuma cantik yang terbias pemain Pahang.

Minggu lalu Pahang kena dengan Brendan Gan pada minit ke-88 dan minggu ini kena dengan bekas pemain sendiri pada minit ke-95.

Sebagai menghormati pasukan lamanya, Kogileswaran tidak meraikan jaringan tersebut.

FT PJ City FC 3-2 Pahang

Demba Camara 11′
Dickson Nwaekame 15′
Ivan Carlos 51′
R.Barathkumar 59′
Kogileswaran 95′

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyatakan bahawa kecuaian dan kelekaan menjadi punca kekalahan ini.

“Bukan kita tidak bermain dengan baik, kita main dengan baik, cuma kita selalu leka dengan serangan balas PJ City.”

“Dekat situ saya nampak kecuaian yang selalu kita lakukan.”

Ketua jurulatih PJ City FC, K. Devan selepas tamat perlawanan telah memuji usaha anak buahnya yang mahukan kemenangan selepas kalah pada perlawanan pertama.

BACA:  Pemain Selangor Di Kepala B****kan Oleh Penyokong Sendiri Selepas Menang 4-1