Aksi kejar mengejar telah berlangsung dalam perlawanan Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tiga kali Selangor mendahului dan tiga kalilah juga Terengganu FC mengejar tanpa rasa penat di hadapan penyokong sendiri.
Terengganu FC berjaya mengikat Selangor sebanyak tiga kali dan gol ketiga hadir melalui Andrew Lee Tuck pada minit ke-90+4.
Olusegun Ifedayo terlebih dahulu membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-39 dan Sang Penyu tidak panik.
Empat minit kemudian Mohammad Rahmat Makasuf menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat hingga tamat babak pertama.
Mohd Khyril Muhymeen Zambri kembali meletakkan Selangor kembali di depan pada minit ke-52.
Ayam tambatan Terengganu FC yang semakin menjadi-jadi, Sanjar Shaakhmedov hadir menyamakan kedududukan pada minit ke-64.
Berselang enam minit kemudian, pemain sensasi Malaysia ketika ini, Brendan Seng Ling Gan atau nama popularnya Brendan Gan menjaringkan gol ketika.
Jaringan Brendan Gan kekal hingga masa kecederaan dan 3 mata penuh kelihatan bakal diraih Sang Gergasi Merah.
Malangnya, Terengganu FC mendapat sepakan penalti dan Andrew Lee Tuck tenang menyamakan kedudukan.
Walaupun seri apa yang dipamerkan oleh Terengganu FC agak manis kerana tidak tewas dan pahit buat Selangor.
FT Terengganu FC 3-3 Selangor
Olusegun Ifedayo 39′
Mohammad Rahmat Makasuf 43′
Mohd Khyril Muhymeen Zambri 52′
Sanjar Shaakhmedov 64′
Brendan Gan 70′
Andrew Lee Tuck 90+4′
—