Liga Super 2021: JDT 0-1 Terengganu FC

Terengganu FC melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Kemenangan 1-0 Terengganu ke atas Johor Darul Ta’zim ini telah meleburkan rekod tanpa kalah JDT di Stadium baharu mereka sejak digunakan tahun pada 2020.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan berakhir seri tanpa jaringan di mana Terengganu FC gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului.

JDT pula agak bergelut dibahagian tengah apabila gagal menyumpan dan menyuap peluang kepada Bergson Gustavo Silveira da Silva untuk disudahkan.

Besambung babak kedua, pemain muda Terengganu, Hakimi Abdullah meletakkan Terengganu FC dihadapan pada minit ke-57.

Gol terhasil dalam situasi kelam kabut di depan kotak penalti JDT menyaksikan Hakimi Abdullah berjaya lolos dengan penyudah yang tenang.

JDT melancarkan serangan bertali arus mencari gol penyamaan namun tidak kunjung tiba dan hampir terhukum dengan serangan balas pantas Terengganu.

Malam yang serba tidak menjadi buat JDT dan memberi kekalahan pertama buat mereka di Liga Super sejak Julai 2019.

Kali terakhir JDT tewas di Liga Super adalah kepada PJ City FC.

Baca Juga

Baca Juga