Liga Super 2021: JDT 2-0 Penang FC

Masih segar dalam ingatan beberapa hari lalu JDT membuka tirai Liga Malaysia bagi musim 2021 dengan julangan Piala Sumbangsih yang sudah menjadi rutin buat pasukan sang juara untuk saban tahun.

JDT telah menjulang Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kedah dengan jaringan dua gol tanpa balas sekaligus mengutip 3 mata pertama musim ini.

Dalam tujuh tahun terakhir ini JDT merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih sebanyak 6 kali kurang dua dibelakang Selangor yang merupakan pemenang terbanyak dengan 8 kali

Juara Sumbangsih:

2015 – JDT
2016 – JDT
2017 – Kedah
2018 – JDT
2019 – JDT
2020 – JDT
2021 – JDT

Untuk perlawanan kedua, satu lagi pasukan dari Utara yang merupakan jiran kepada Kedah Darul Aman FC, Penang FC berunjung ke Stadium Sultan Ibrahim untuk mencuri mata di stadium keramat JDT.

Penang FC yang baru kembali semula ke Liga Super amat liat untuk diempukkan dengan permainan dengan penuh berdisiplin dan bejaya mempertahankan gawang dari bolos selama 80 minit.

Hanya 10 minit berbaki untuk Penang FC mempertahankan kedudukan dan membawa pulang satu mata namun terciduk juga akhirnya.

Samuel Sommervile cuba mencabar bola dengan keluar dari kawasan gol untuk merebut bola yang dikejar oleh Gonzalo Cabrera hasil satu bola lambungan tinggi.

Hasil satu terjahan sedikit lambat dilakukan oleh Samuel Sommervile dan sepakan penalti diberikan, mujur Samuel Sommervile tidak dilayangkan kad kuning kedua.

Pada minit ke-82, Leandro Velazquez tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan penalti dengan satu sepakan aras tinggi.

Tiga minit kemudian, gawang Penang FC bocor lagi melalui jaringan jarak dekat Fernando Rodriguez yang menyempurnakan hantaran luar biasa dan unik dari pemain legenda, Safiq Rahim.

Kemenangan ini telah cukup untuk mereka meraih 3 mata dan berada ditempat selayaknya untuk mereka iaitu di puncak liga selepas memberi Selangor peluang merasai gayat buat beberapa hari.

Adakah JDT akan terus di puncak sehingga tamat liga? Pasukan mana yang mampu mencabar?

BACA:  Piala Malaysia 2021 Separuh Akhir Kedua : JDT 3-0 Terengganu (Agg. 4-1)