Liga Super 2021: Kedah 1-2 Terengganu

Hanya satu sahaja perlawanan Liga Super berlangsung malam ini, perlawanan penuh sedap antara Kedah Darul Aman FC menentang Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah.

Sungguh Hanelang Terengganu FC dalam perlawanan ini apabila menjaringkan tiga gol tetapi menang 2-1 sahaja. Satu lagi gol sendiri.

Kebangkitan dicipta Terengganu FC selepas Kedah Darl Aman FC terlebih dahulu di depan pada minit ke-39 hasil gol sendiri Muhammad Faudzi.

David da Silva telah kembali mengikat kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalu sepakan penalti.

Lima belas minit babak kedua bersambung Azam Azmi Murad meletakkan Terengganu FC di depan. Kira comeback juga la kan walaupun score gol sendiri?

Kedah menguasai perlawanan dengan baik dari awal namun tidak berbahaya lafi tidak mengancam.

Terengganu FC juga mempunyai kaki lalu kembali mengasak namun jua buntu sehinggalah gol sendiri terhasil.

Kedah Darul Aman FC cuba mengejar namun gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

Gol yang dicari kad merah yang datang, dua kad merah dilayangkan kepada pemain Kedah pada penghujung perlawanan.

Fadzrul Danel dan Rodney Celvin penerima kad merah tersebut yang menjadi penutup kepada perlawanan ini.

Terengganu FC kembali menang selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini dan melonjak ke tangga ketiga.

Kedah Darul Aman FC merasai kekalahan pertama selepas 6 perlawanan dan kekalahan kedua mereka musim ini dan kekal ditangga kedua.

Baca Juga

Baca Juga