Saingan liga Malaysia kembali bersambung selepas berhenti rehat untuk perlawanan antarabangsa walaupun tiada pun perlawanan diadakan dan sekadar kem latihan pusat pasukan kebangsaan.
Hari jumaat penuh barakah dimulakan dengan dengan beberapa perlawanan liga Perdana pada sebelah siang dan saingan Liga Super pula menjadi penghibur di malam hari.
Kedah Darul Aman FC turun untuk perlawanan keenam menentang pasukan dari Pantai Timur yang sedang bergolak dengan prestasi, Sri Pahang.
Penonton bakal dibenarkan untuk kembali ke stadium dengan dua perlawanan Liga Super sebagai projek perintis pada minggu ini (LS6).
Sebagai peringatan, berikut adalah SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan MFL yang wajib dipatuhi oleh penonton.#LigaMalaysia2021 pic.twitter.com/XoJRpk5etX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 30, 2021
Namun perlawanan antara Kedah Darul Aman dan Sri Pahang ini masih diadakan tanpa penonton kerana hanya dua perlawanan dibenarkan dengan kehadiran penonton.
Perlawanan antara JDT vs Melaka United dan perlawanan antara Kuala Lumpur City vs Sabah bakal menjadi projek perintis perlawanan dengan penyokong.
Projek perintis diadakan bagi menguji keberkesanan SOP yang telah ditetapkan dan melihat tahap kepatuhan penonton kepada SOP ditetapkan
Sri Pahang memulakan perlawanan dengan tidak begitu baik apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-17.
Herald Goulon telah menarik Kpah Sherman yang berjaya lolos dan keran Goulon pemain terakhir kad merah dilayangkan. Kad kuning pun ok je.
Namun Sri Pahang mampu bertahan selama 20 minit sebelum Baddrol Bakhtiar membuka tirai jaringan melalui satu rembatan kaki kiri yang cantik.
Muhd Nur Izzat Che Awang berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan penyudah tenang hasil hantara lolos padu Nur Azam Azih.
Kpah Sherman kembali meletakkan Kedah Darul Aman FC kurang seminit selepas separuh masa kedua bersambung melalui sepakan penalti selepas dikasari Faisal Rosli.
Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan dengan satu tandukan pada minit ke-71.
Kemenangan ini melonjakkan Kedah ketangga kedua liga dengan 13 mata kurang satu mata dibelakang JDT yang menewaskan Melaka United 3-0.
Sri Pahang kini berada di zon penyingkiran ditangg ke-11 dengan 4 mata.