Liga Super 2021: Kedah 3-2 Kuala Lumpur

Kedah Darul Aman FC mencipta kebangkitan sensasi bola sepak dalam aksi kejar mengejar selepas dua kali ketinggalan kepada Kuala Lumpur City FC.

Lebih menambah rencah dan drama dalam perlawanan ini apabila gol kemenangan Kedah hadir ketika perlawanan hampir tamat.

Kedah dalam 3-4 perlawanan terakhir mereka selalu lambat panas dan ketika perlawanan berbaki 15-20 barulah mereka mula panas secara maksima.

Tchetche Kipre menjadi wira Kedah apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit di masa kecederaan.

Renan Alves kembali ke skuad utama selepas terpaksa berehat agak panjang kerana kecederaan.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan walaupun percubaan demi percubaan dilakukan Kedah yang garang sejak dari awal perlawanan.

Baddrol Bakhtiar terlebih dahulu menguji penjaga gol Kuala Lumpur dengan rembatan kaki kiri seaal minit ketiga.

Kuala Lumpur City FC memerlukan 20 minit untuk menyerap asakan dan tekanan pemain Kedah sebelum mendapat rentak dan mula kembali menyerang.

Empat minit bersambung babak kedua, Paulo Josue meletakkan Kuala Lumpur City FC dihadapan selepas merembat tolakan Hadin Azman dari luar kotak penalti.

Kemasukann Azamuddin Akil dan Fadzrul Danel terus menambahkan sengat kepada Kedah dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan.

Gol penyamaan Kedah hadir melalui rembatan jarak dekat Fayadh Zulkifli Amin yang tidak dikawal hasil cutback daripada Tchetche Kipre.

Ketika Kedah semakin ghairah menyerang Giancarlo Gallifuoco meletakkan Kuala Lumpur City FC kembali di depan dengan satu sundulan hasil sepakan penjuru Paulo Josue.

Memasuki masa kecederaan minit ke-90+3 Kuala Lumpur City FC masih mendahului 2-1 sehinggalah Rozaimi Abdul Rahmah yang masuk pada minit ke-86 berjaya mendapatkan sepakan penalti.

Tiada masalah untuk Tchetche Kipre menjaringkan gol penyamaan, penalti kot takkan tak masuk. Kalau ada satu pasukan tu dapat penalti hujung perlawanan macam-macam tuduhan dapat.

Pelik betul cara pemain Kuala Lumpur menolak Rozaimi, tolak pun tak ikhlas, nak tak nak je.

Kurang 30 saat sebelum perlawanan tamat, Tchetche Kipre menjaringkan gol kemenangan Kedah dengan satu rembatan kencang.

Pemain yang masuk dari bangku simpanan Kedah memberi impak kepada kemenangan ini.

Kemenangan penuh dramatik ini membolehkan Kedah naik ke tangga kedua liga super dan tiga mata dibelakang JDT.

Baca Juga

Baca Juga