Liga Super 2021: Kedah Darul Aman 0-1 JDT

Setelah beberapa musim Liga Super berlalu, musim 2021 menyaksikan persaingan paling sengit telah terjadi dan situasi ini sudah lama tidak wujud di Liga Super.

Memasuki perlawanan ke-12 tidak seperti biasa apabila JDT sudah terlalu selesa dipuncak dan hanya menghitung hari untuk bergelar juara secara rasmi.

Selepas 12 perlawanan empat pasukan masih bersaing hebat untuk merebut kejuaraan iaitu JDT, Kedah Darul Aman, Terengganu FC dan paling mengejutkan Penang FC.

Kedah bertemu JDT di Stadium Darul Aman, Alor Star dan kemenangan akan meletakkan pasukan di puncak liga dan jika seri berpontensi untuk ditendang keluar pasukan lain.

Pada minit ke-4 Rabih Ataya agak gopoh dan tidak tenang untuk meletakkan Kedah Darul Aman di depan namun tolakannya itu telah terkena tiang walaupun gawang terbuka luas.

Sungguh cantik hantaran Kpah Sherman tapi sayang gagal disudahkan Rabih Ataya.

Lima minit selepas itu Safawi Rasid yang kembali dari kecederaan berjaya melepaskan diri namun penjaga gol Kedah Darul Aman, Shahril Saari lebih bersedia.

Pada minit ke-40 Kpah Sherman hampir membuka tirai jaringan dengan satu tandukan berpunca dari sepakan percuma tapi bola telah terkena palang walaupun Farizal Marlias sudah tertewas.

Bersambung babak kedua JDT terus garang menekan Kedah dan dua percubaan bahaya Bergson Gustavo Silveira da Silva berjaya diselamatkan oleh Shahril Saari.

Pada minit ke-57 Gonzalo Cabrera yang melakukan larian deras telah mengalami kecederaan agak serius selepas pelanggaran dengan hadangan daripada Renan Alves.

Gonzalo Carera terus dikeluarkan dan Arif Aiman dimasukkan manakala Renan Alves telah dilayangkan kad kuning. Sepakan percuma untuk JDT, sepakan Bergson sedikit tinggi.

Selepas itu permainan banyak disajikan dengan aksi kekasaran dan hanya Bergson Gustavo Silveira da Silva yang kerap melakukan percubaan demi percubaan.

Berbaki 10 minit permainan JDT kembali garang dan menekan dengan hantaran lintang dari kiri dan kanan padang.

Akhirnya, Mohamadou Sumareh berjaya mendapatkan sepakan penalti ketika permainan masa sebenar hampir tamat.

Tiada masalah untuk Bergson Gustavo Silveira da Silva meletakkan JDT dihadapan, Masa kecederaan 4 minit diberikan pengadil.

Masa kecederaan berlangsung dengan situasi panas dan tegang dengan aksi kekasaran namun tiada gol tambahan terhasil.

JDT kembali meraih kemenangan dan tiga mata berharga untuk terus kekal dipuncak dengan 27 mata. Tiga mata dihadapan Terengganu FC.

FT Kedah Darul Aman 0-1 JDT

Bergson Gustavo Silveira da Silva 90′ (Pen)

Piala Sumbangsih 2020: JDT 1-0 Kedah

Secara rasminya Liga Malaysia 2020 telah membuka tirai apabila berlangsungnya Piala Sultan Ahmad Shah atau Sumbangsih yang saban tahun menjadi penanda permulaan liga.

Piala Sumbangsih kali ini seperti biasa, sudah pasti ada JDT, Juala Liga Super dan Piala Malaysia, cuma lawannya sahaja yang bertukar.

Kedah selaku juara Piala FA mengunjungi JDT di Stadium baru Stadium Sultan Ibrahim yang telah dirasmikan pada 22 Februari yang lalu.

Ini merupakan perlawanan kompetitif pertama di Stadium Sultan Ibrahim. Kedah bermain baik dan terlebih dahulu mendapat rentak dalam perlawanan ini.

Bermain baik dan membuat serangan yang banyak tidak bermakna dalam perlawanan bola sepak dan itulah terjadi kepada Kedah.

Maurício dos Santos Nascimento meletakkan JDT didepan pada minit ke-44 dan itu merupakan jaringan tunggal perlawanan.

JDT mula langkah kanan tahun ini dengan julangan Piala Sumbangsih dan 3 mata penuh.

FT JDT 1-0 KEDAH
Maurício dos Santos Nascimento 44′

JDT terlajak unggul dalam aksi Sumbangsih untuk beberapa musim ini, seperti mana mereka merajai arena Liga Super Malaysia.

Dalam enam edisi terakhir, JDT telah menjuarai 5 daripada trofi Sumbangsih yang dipertandingkan.

Hanya Kedah berjaya mencuri Piala Sumbangsih daripada Kedah pada tahun 2017.

Baca Juga

Baca Juga