Liga Super 2021: Kedah Darul Aman FC3-1 PJ City FC

Kedah Darul Aman FC mencipta kebangkitan sensasi di Stadium Darul Aman apabila menumpaskan Petaling Jaya City FC selepas ketinggalan satu gol.

Kedah tampak unggul seawal permainan dengan melancarkan serangan demi serangan namun tidak mampu disudahkan dengan sebutir gol lantaran kelemahan penyudah.

PJ City FC mengejutkan Kedah dengan membuka tirai jaringan melalui Kogileswaran Raj pada minit ke-39 melalui sepakan penalti.

Dua minit bersambung babak kedua ketua pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar menyuntik semangat kebangkitan Kedah dengan gol penyamaan.

Gol Badrrol terhasil dari satu sepakan penjuru yang disudahkan dengan satu sundulan bebas lagi tajam yang tidak mampu diselamatkan penjaga gol PY City.

Minit ke-52 menyaksikan Kedah Darul Aman FC berada dihadapan melalui jaringan ayam tambatan mereka, Kpah Sherman yang berpunca dari sepakan percuma Baddrol Bakhtiar.

Dipenghujung perlawanan Fayadh Zulkifli Amin melengkapkan kebangkitan sensasi Kedah dengan gol ketiga dengan satu sundulan aras rendah untuk kembali ke landasan tiga mata.

Kemenangan ini melonjakkan Kedah ke tangga keempat Liga Super selepas empat perlawanan berkongsi mata yang sama dengan Kuala Lumpur City yang berada diatas.

Kedah setakat ini mencatatkan dua kemenangan satu seri dan satu tewas, PJ City pula berada ditangga ke-6 dengan mengumpul 5 mata.

FT Kedah Darul Aman FC3-1 PJ City FC

39′ Kogileswaran Raj
47′ Baddrol Bakhtiar
52′ Kpah Sherman
84′ Fayadh Zulkifli Amin

BACA:  Liga Super 2020: JDT 6-1 Selangor