Liga Super 2021: Penang FC 1-1 Kedah Darul Aman FC

Perlawanan minggu ke-3 Liga Super bagi musim 2021 kembali bersambung dengan 3 perlawanan dilangsungkan dalam tempoh seminggu selepas lama berhenti rehat.

Hanya satu perlawanan yang dilangsungkan pada malam ini di mana dua pasukan berjiran bertemu iaitu Penang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Menurut Malaysian Football League pertemuan Penang FC dan Kedah Darul Aman FC dalam derby utara merupakan yang pertama sejak 2017.

Penang FC yang kembali ke Liga Super menjadi tumpuan selepas mempamerkan permainan kental ketika bertemu JDT walaupun tewas jua akhirnya.

Kedah Darul Aman FC yang agak konsisten saban tahun pula masih lagi mencari rentak permainan mereka setakat ini.

Perlawanan Derby Utara ini berlangsung dalam padang yang basah teruk akibat hujang yang membadai Stadium Bandaraya Pulau Pinang menyebabkan air bertakung.

Ketua pasukan Penang FC, Endrick telah membuka tirai jaringan pada minit ke-11 selepas berada di kedudukan yang tepat untuk menolak mudah masuk.

Beberapa peluang dicipta Penang FC selepas itu namun gagal diterjemahkan dengan jaringan dan kerancakan permainan terganggun dengan padang basah.

Kedah tercari-cari rentak bagi mencari gol penyamaan dan keadaan padang kadangkala merencatkan peluang terbaik yang sepatutunya terjadi.

Pada separuh masa kedua, Kedah memasukkan Rozaimi Abdul Rahman yang gagal menyempurnakan peluang ketika situasi satu lawan satu.

Kurang 10 minit permainan Azammuddin Akil dimasukkan dan terus memberi impak melalui hantaran lintang pertama beliau selepas masuk.

Hantaran Azammuddin terbiasa pemain Penang FC dan berjaya disambar oleh Kpah Sherman untuk gol penyamaan.

Kedah dan Penang kini masing-masing mengumpul 4 mata selepas 3 perlawanan dengan satu menang satu kalah dan satu seri.

Kedua-dua pasukan utara ini mengalami kekalahan kepada pasukan yang sama iaitu JDT.

BACA:  Vida Harap Magic Dan Pemain Kelantan Yakin Dengan Popov