Liga Super 2021: Penang FC 2-1 Perak

Penang FC terus mempamerkan aksi yang memberangsangkan dan agak cemerlang sebagai pendatang baharu Liga Super musim 2021 apabila mempamerkan aksi kebangkitan ke atas Perak FC.

Selepas menunjukkan aksi agak meyakinkan ketika menentang JDT dan berjaya mengikat penyandang juara itu, ramai beranggapan itu satu kebangkitan kembali Perak musim ini.

Ternyata telahan ramai salah keran Perak FC hanya bersemangat ketika menentang JDT sahaja.

Raianderson da Costa Morais atau Careca membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-10 untuk meletakkan Perak dihadapan dengan satu sundulan mudah .

Namun Anselmo Arruda da Silva atau Casagrande telah memadamkan jaringan awal Careca denga penyudah bersahaja untuk memulakan aksi kebangkitan Penang FC.

Ketika permainan berbaki 20 minit, Rafael Vitor Santos de Freitas menjaringkan gol kemenangan Penang FC melalui satu tandukan untuk tiga mata berharga.

Kemenangan ini telah melonjakkan Penang FC ke tangga ke-4 Liga Super dengan 11 mata hanya 3 mata dibelakang di JDT.

Baca Juga

Baca Juga