Liga Super 2021: Sabah FC 4-0 UiTM FC

Menentang UiTM FC yang berada ditangga tercorot medan terbaik untuk Sabah FC mengutip tiga mata penuh selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Tiada masalah untuk Sabah FC membenam UiTM FC dengan empat jaringan tanpa balas dan mencatatkan kemenangan kedua musim ini selepas sembilan perlawanan.

Sam Johnson membuka tirai jaringan pada minit ke-28 selepas menjolok masuk bola yang yang termuntah dari tandukan rakan sepasukan.

Saddil Ramdani terus menyengat dengan gol kedua empat mini sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu rembatan leret yang terbias.

Lima minit bersambung babak kedua, Sabah terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga.

Park Tae-Su menyempurnakan satu lambungan yang genius daripada Saddil Ramdani membelah pertahanan UiTM FC.

Saddil Ramdani sekali lagi membuat satu assist yang genius kali ini melalui satu backheel kepada Bobby Gonzales yang tanpa belas merembat.

Ini merupakan kekalahan kelapan UiTM FC selepas 9 perlawanan dengan satu seri serta tanpa sebarang kemenangan di satu mata di tempat ke-12.

FT Sabah FC 4-0 UiTM FC

Sam Johnson 28′
Saddil Ramdani 41′
Park Tae-Su 50′
Bobby Gonzales 87′

Baca Juga

Baca Juga